Juara Dewi Remaja 2015, Raysha Rizrose nekad untuk tidak memadamkan gambar seksi yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini kerana punyai pendirian sendiri.

Kata Raysha, 22, tindakan untuk memadamkan foto berkenaan dirasakan tidak perlu memandangkan dia bukan sengaja memuat naik foto berkenaan untuk meraih kontroversi.

"Saya tak fikir perlu delete pun, gambar itu tidak keterlaluan!

"Baju yang saya pakai pun tak ketat, bukannya saya pakai tube atau berkemban untuk tunjukkan bentuk badan saya.

"Kalau ambil gambar mungkin ada sesetengah sudut akan menampakkan bentuk yang tidak sepatutnya. Itu di luar kawalan saya.

"Saya tahu niat saya dan ia tiada kena mengena pun dengan apa yang orang cakap.

"Apa yang mereka (netizen) cakap melambangkan diri sendiri dan cara mereka berfikir. Bukan masalah saya!" katanya kepada Gempak.

Foto yang disifatkan seksi dan memperlihatkan bentuk payudara dalam sebuah kereta mewah itu mengundang komen-komen nakal dan lucah netizen.

Raysha yang ditemui pada sidang media Anugerah Skrin 2018 semalam meluahkan rasa terkilan apabila menerima pelbagai kata-kata negatif netizen terutama yang 'bertopengkan agama'.

"Saya menghargai komen-komen positif yang berbaur nasihat yang baik-baik. Siapa mahu kena kecam?

"Sebagai artis saya tak boleh lari daripada orang yang bercakap. Pakai jubah pun orang akan masih akan kecam.

"Mereka sebenarnya memalukan diri sendiri, menggunakan kata-kata hina dan keji dalam menyelitkan agama sekali.

"Ada yang cakap saya pelacur dan ahli neraka. Memang terkesan dengan kata-kata sedemikian tapi itulah hakikatnya cara mereka dibesarkan.

"Buka IG untuk cari kesalahan orang maka akan jumpalah kesalahan!" tambahnya.

Menerusi Anugerah Skrin 2018, Raysha tercalon untuk drama Pendosa Ingin Ke Syurga yang turut dilakonkan oleh Datuk Rosyam Nor, Sherie Merlis dan Fauziah Nawi.