Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Isu Bekalan Air Datang Lagi, Netizen Amuk - “Memang Setiap Bulan Ke Tak Ada Air?”

Hanafis Haris 10/11/2020 | 08:18 MYT

Tidak sampai sebulan isu bekalan air melanda penduduk sekitar Lembah Klang dan Selangor, kini ‘mimpi ngeri’ itu kembali muncul.

Menerusi satu kenyataan rasmi dikeluarkan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) , terdapat gangunan bekalan air tidak berjadual di tujuh wilayah bermula jam 6 petang ini.

Menurut kenyataan itu lagi, masalah tersebut berpunca daripada pencemaran bau seakan pelarut di Sungai Selangor.

“Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang berikutan pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor pada jam 12.45 tengahari, 10 November 2020.

“Henti tugas keempat-empat loji ini dijangka akan menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan 1,139,008 akaun merangkumi 1,279 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat yang mana bekalan air akan ditutup pada jam 6.00 petang,” katannya.

Jelas kenyataan itu lagi, usaha untuk mencairkan bahan pelarut dan 'flushing' bahan pencemaran yang terdapat di dalam Sungai Selangor telah dilakukan dengan melepaskan air dari Empangan Sungai Selangor sebanyak 300 juta liter sehari dan empangsan Sungai Tinggi sebanyak 500 juta liter sehari.

“Dalam pada itu, Lembaga Urus Air Selangor telah melepaskan air mentah melalui operasi pengepaman kolam KL Larut dengan kapasiti 192 juta liter sehari untuk tujuan yang sama.

“Air Selangor amat memahami situasi para pengguna yang memerlukan air bersih terutama semasa peningkatan kes COVID 19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini dengan mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas.

“Maklumat gangguan bekalan air tidak berjadual akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com,” katanya.

Sementara itu, menerusi pemantauan Gempak di media sosial, rata-ratanya terkejut apabila mereka sekali lagi berdepan dengan isu air.

Tambah teruk, isu air ini terpaksa dihadapi ketika negara berdepan dengan pelaksanaan PKPB.

Malah, tidak kurang juga berseloroh adakah masalah air ini masalah bulanan.

Anda boleh lihat senarai kawasan terjejas di bawah.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Selangor #Air #LUAS
;