Pelakon Intan Najuwa membidas dakwaan tidak berasas yang dilemparkan kepadanya rentetan video tular di TikTok yang memperlihatkan dirinya sedang berpelukan bersama penyanyi Aliff Aziz.

Menurut pemilik nama asal Intan Najuwa Abdul Wahid, 25, dia menyatakan situasi disitu mempunyai lensa kamera yang sedang digunakan untuk menjalankan pengambaran.

“Kan tengah shooting, nampak tak camera tengah rolling tu. Semua orang ada dekat situ.

“Kami tengah shooting #JodohkuBabysitter, ingat apa nak peluk saja-saja ke? Dah tiada kerja sangat ke? Headline pun mengundang, kenapa perlu sebarkan perkara-perkara negatif?” tulis Intan menerusi posting di IG Story miliknya semalam.

Difahamkan Intan dan Aliff sedang menjalakan pengambaran sebuah drama ‘Jodohku BabySitter’ yang kini sedang ditayangkan menerusi saluran slot MegaDrama, Astro Ria.

Walau bagaimanapun, menurut tinjauan Gempak, video tular yang dimuatnaik pengguna TikTok itu sudah dihapuskan.

Selain Intan dan Aliff, drama bersiri 20 episod ini turut dibintangi barisan pelakon hebat seperti Yuna Rahim, Ellyas Abdullah, Natasha Elyzza, Sharifah Shahora dan ramai lagi.