Isu Buat Content Pakai Jubah Konvo, Naib Canselor Universiti Titip Nasihat
Gempak
29/11/2023 03:55 MYT
29/11/2023 03:55 MYT
Tindakan seorang graduan wanita yang berkongsi video memperlihatkan dirinya berniaga pisang goreng sambal mengenakan jubah konvokesyen baru-baru ini mencuit sesetengah netizen.
Menerusi komen-komen di media sosial, ramai yang dilihat tidak bersetuju dengan apa yang dipaparkan oleh wanita itu, dan tidak kurang mengkritik tindakannya merakam content media sosial menggunakan jubah konvokesyen berkenaan.
Susulan daripada isu yang timbul, Naib Canselor daripada universiti tersebut tampil memberikan kenyataan. Menurut beliau, semua mahasiswa dan graduan perlu menghormati pakaian tersebut kerana ia dianggap sebagai lambang kesarjanaan serta keilmuan seseorang individu.
“Besarlah harapan saya, semua mahasiswa dan graduan Malaysia seluruhnya untuk menghormati pakaian akedemik ini, kerana bukan sebarang orang, calang-calang orang, yang boleh menyarung jubah tersebut yang melambangkan kesarjanaan dan keilmuan yang mereka junjungi,” ujarnya.
BERITA TRENDING: Buat Konten Berniaga Goreng Pisang Pakai Jubah Konvo, Graduan Undang Reaksi Negatif Warganet - “Sewa Buat...
Naib Canselor universiti itu turut memberikan nasihat untuk graduan yang membuat kandungan kreatif ketika memakai jubah supaya meletakkan martabat pakaian berikut sejajar dengan ilmu yang ditimba sepanjang pembelajaran.
“Kebelakangan ini saya lihat ada mahasiswa mahupun graduan yang menyarung jubah mereka dengan melakukan aksi-aksi kandungan kreatif.
“Saya pasti mereka ingin memperlihatkan tentang apa yang dianugerahkan kepada mereka, tetapi pandangan peribadi saya, letaklah jubah itu, letaklah martabat itu sejajar dengan apa yang ditauliahkan yang melambangkan ilmu yang sangat mulia, yang sangat tinggi, yang telah dianugerahkan kepada mereka,” tambah Naib Canselor itu lagi.
Sekadar info, isu pemakaian jubah ketika melakukan konten hangat diperkatakan sebelum ini oleh warganet di mana majoriti saling berselisih faham kerana ada yang menyokong dan ada segelintir menentang perbuatan tersebut.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.