Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Isu Butik Terbakar, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Ambil Tindakan

Gempak
26/03/2024 00:55 MYT

Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming sedia maklum dan bakal mengambil tindakan terhadap isu kebakaran yang melibatkan sebuah butik pakaian tempatan popular baru-baru ini.

Menerusi hantaran balasan yang ditinggalkan di platform X, Kor Ming berkata, semua pihak termasuk pemilik premis perlu memberi kerjasama terhadap pihak bomba, dan bukan sebaliknya.

Ambil tindakan

“Tindakan sedang diambil. Semua pihak termasuk pemilik premis wajib memberi kerjasama kepada @bombaJBPM dan bukan sebaliknya,” katanya.

Kor Ming memberikan jawapan terhadap pertanyaan seorang pengguna media sosial yang mempersoalkan video kebakaran tersebut sebagai boleh menjejaskan kredibiliti pasukan bomba.





Terdahulu, butik berkenaan memuat naik sepotong video yang memperlihatkan bahagian dalaman bangunan lokasi butik telah terbakar.

Menerusi video sama, pasukan bomba juga kelihatan hadir untuk memadamkan kebakaran. Tidak terkecuali, beberapa individu juga dilihat turut sama membantu pihak bomba dalam tragedi tersebut.

Susulan daripada itu, ramai dalam kalangan netizen meninggalkan kritikan terhadap video berkenaan dengan melabelkan rakaman tersebut sebagai rakaman penuh cinematic.

Sesak nafas

Memetik laporan Majoriti, dua pekerja butik tersebut mengalami sesak nafas ketika kejadian yang berlaku pada Sabtu itu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, kebakaran berkenaan melibatkan longgokan kotak di ruangan tangga tingkat tiga premis terbabit.

Sekitar Januari tahun lalu, gudang bagi jenama sama mengalami kebakaran, dan menawarkan wang RM100,000 jika ada individu yang berjaya jumpa pelakunya.

Sumber: Platform X, Majoriti

ARTIKEL BERKAITAN: Buat Video Ketika Butik Terbakar, Jenama Pakaian Ini Dikritik Netizen - “Sangat Cinematic”

#Kebakaran #Terbakar #Butik #Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan #Nga Kor Ming #Elrah
;