Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Isu Cicit Nabi Muhammad, Benarkah Dakwaan Kerabat Diraja Jordan Merupakan Keturunan Rasulullah Yang Sebenar?

Izwan Isa
11/10/2022 12:50 MYT
Baru-baru ini, viral di media sosial mengenai seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai cicit salasilah emas ke-38 Nabi Muhammad SAW.

Individu tersebut dikatakan berasal dari Fes, Maghribi dan datang ke Malaysia bagi menyampaikan ceramah agama, sama seperti pendakwah lain.

Bagaimanapun, hal tersebut menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan segelintir netizen yang menganggap rakyat Malaysia mudah tertipu dengan penampilan seseorang.

Hal ini kerana, tiada pembuktian mengenai kebenaran dakwaan yang mengatakan dia berasal dari keturunan Nabi Muhammad SAW.

Sehinggakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) turut melarang individu berkenaan melarang dia untuk meneruskan program yang dirancang di sini.



Namun, wujudkah keturunan daripada salasilah Rasulullah? Benarkah juga dakwaan yang mengatakan keturunan Nabi Muhammad SAW sekarang ada dalam kerabat diraja Jordan.

Memetik laporan CNN Indonesia, raja-raja dari Jordan diyakini sebahagian daripada keturunan Nabi Muhammad SAW.

‘Misteri’ itu tidak dapat dipisahkan daripada pemimpin pertama Jordan, Raja Al-Hussein I. Mengisytiharkan dirinya sebagai raja Jordan pada 22 Mac 1946, Hussein I merupakan keturunan daripada dinasti Hasyimiyah.

Anggota dinasti tersebut merupakan keturunan Arab, sama ada secara langsung atau tidak keturunan daripada Nabi Muhammad. Abdullah I dikatakan masih berhubung dengan Hasan, anak kepada puteri Nabi Muhammad, Fatimah, dan suaminya, Ali.

Hasan adalah keturunan terakhir yang memegang tuntutan khilafah yang dipertikaikan. Sementara itu, keturunan Hasan kemudiannya menjadi emir Mekah dan seterusnya menjadi pemerintahan Uthmaniyyah.

Hussein I merupakan salah satu keturunan Hasan. Keturunan Hasan yang lain yakni emir Mekah termasuklah Husayn ibn Ali, yang merupakan ayah Hussein I, beserta saudaranya, Faisal.

Walaupun menjadi raja pertama Jordan, kepimpinan Hussein I hanya bertahan sehingga 1951. Beliau telah dibunuh pada 20 Julai 1951 di Masjid Al Aqsa, Baitulmaqdis. Pembunuhan itu dilakukan oleh rakyat Palestin yang kecewa dengan pertempuran Hussein I melawan rakyat Palestin.

Kerusi kuasa Jordan kemudiannya disandang oleh Raja Hussein pada tahun 1953. Beliau adalah ahli dinasti Hashimiyah dan meninggal dunia pada tahun 1999.

Kononnya, kerusi kuasa diambil oleh bapa Hussein, Talal, yang secara kebetulan adalah anak kepada Hussein I. Bagaimanapun, Talal telah diisytiharkan sakit mental dan tidak layak untuk menjalankan tanggungjawab sebagai raja pada tahun 1952.

Oleh itu, Hussein dilantik menjadi pemerintah Jordan pada 2 Mei 1953.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
#Kerabat Diraja Jordan #Keturunan Rasulullah
;