Viral

Isu Curang Semakin Hangat, DBP Kongsi Pantun Tentang Perselingkuhan Cuit Hati Ramai Pihak

gempak
Firdaus
10/03/2024
14:55 MYT
Sponsor Banner
Isu Curang Semakin Hangat, DBP Kongsi Pantun Tentang Perselingkuhan Cuit Hati Ramai Pihak
Isu curang masih lagi hangat diperkatakan lebih-lebih lagi apabila ia sentiasa melibatkan golongan-golongan yang dikenali seperti pempengaruh dan selebriti.
Oleh itu, Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (DBP) mengambil peluang mengajukan pantun berkaitan masalah tersebut yang berjaya meraih perhatian ramai di Facebook.

BERITA TRENDING: Jawi Sahkan Dua Selebriti Ditahan, Disiasat Kerana Berkhalwat

Pantun berkenaan berbunyi; ‘Kalau selalu berbaju kutang, lambat laun pusat terdedah, kalau selalu berlaku curang, lambat laun mendapat musibah.’
Lebih menarik lagi apabila ruangan komen entri berkenaan dibanjiri dengan pantun-pantun netizen yang berkait dengan isu yang diperkatakan.
“Didik anak sebaik insan, ilmu agama perlu perkasa, setia itu satu pilihan, janji setia pegang sentiasa,” tulis satu individu.
“Melompat-lompat tupai di dahan, buah dimakan sambil berlibur, curang itu satu pilihan, lahir dari setia yang kabur,” komen seorang lagi netizen.
“Ada belukar di tepi paya, anak itik duduk bermandi, kalau sukar untuk setia, lebih baik hidup sendiri,” ujar warganet.
Bagaimanapun, DBP di ruangan komen memaklumkan bahawa pantun yang dimuat naik bukannya untuk ‘memerli’ mana-mana pihak sebaliknya hanya sesuatu ‘kebetulan’.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live