Gaya Hidup
Isu Dark Horse Tiru Lagu Lain... Katy Perry Akhirnya Didapati Bersalah!
Selepas enam tahun, juri mahkamah Los Angeles akhirnya memutuskan bahawa penyanyi, Katy Perry didapati bersalah meniru rentak sebuah lagu rap dalam lagu nyanyian berjudul Dark Horse.
Menerusi laporan AFP, penyanyi itu didapati melanggar hak cipta lagu rap Joyful Noise nyanyian Marcus Gray yang turut dikenali sebagai Flame.
Perry yang tampil sebagai saksi dalam perbicaraan selama seminggu itu walaubagaimanapun memberitahu juri bahawa lagu tersebut adalah ciptaan asalnya.
Malah, Perry turut memberitahu dia tidak pernah mendengar lagu rap berkenaan.
Mahkamah kemudian memutuskan Perry bersalah dan mengarahkan sejumlah ganti rugi dibayar kepada Gray.
Difahamkan, lagu Joyful Noise diterbitkan pada tahun 2011 manakala Dark Horse pada 2013.
Anda boleh saksikan video perbandingan Joyful Noise dan Dark Horse di bawah: