Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

Isu Fitnah Guna Sihir, Misha Omar Terima Mesej Minta Maaf

Syafiqah Jalal 17/02/2019 | 23:02 MYT
Penyanyi Misha Omar mengakui menerima pesana atau Direct Message (DM) daripada individu yang dikenali sebagai Zahar atau Ahmad Azhar berhubung isu fitnah dirinya menggunakan sihir pada malam Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL 33).

"Saya ada menerima DM daripada individu berkenaan semalam dan sudah membalasnya petang hari ini.

"Saya beritahu, perkara ini sudah diserahkan kepada peguam untuk ditetapkan tarikh sementara menunggu individu lain tampil supaya dapat diadakan pertemuan sekali gus," katanya.

Menerusi mesej dihantar, Misha menggekarkan dirinya sebagai Mitch itu juga mahu Zahar memaklumkan kepada individu lain sekiranya mengenali mereka untuk tampil berbuat perkara sama.

"Insya-Allah pertemuan akan dibuat dalam masa terdekat," kata penyanyi Sampai Bila itu.

Dalam paparan mesej yang dihantar, Zahar memberitahu mengenali seorang lagi individu yang menggunakan akaun Tengku Muda yang turut didakwa memfitnah Misha.

"Tengku Muda sekali dengan saya Kak Mitch (Misha). Dia juga akan ada sekali waktu itu. Terima kasih Kak Mitch," balas Zahar.

Sumber: Harian Metro
#Penyanyi #Misha Omar #Penyanyi #Sihir #maaf
;