Isu The Gadys Tak Boleh Menyanyi Live Salah Siapa? Ajai Beri Pandangan - “Ada 3 Masalah Di Situ”
Izwan Isa
08/03/2024 01:55 MYT
08/03/2024 01:55 MYT
Komposer, penerbit dan penyanyi Ajai memberikan pendapat mengenai ‘kegagalan’ kumpulan The Gadys menyanyi secara langsung menerusi sebuah acara anugerah baru-baru ini.
Ajai berkata, terdapat tiga masalah yang dikesan pada persembahan tersebut termasuk penjiwaan dan penghayatan ketika melakukan persembahan.
“Ada tiga masalah di situ. Pertama, tanya label. Second tanya penganjur. Ketiga, begitulah nyanyiannya kalau selalu autotune. Kamu tak dapat suara asli kamu. Tapi suara asli kamu kedengaran bila kamu menyanyi secara langsung.
“Dan juga soul (jiwa). Ada orang pitching dia agak flat… tentulah, kita manusia memang tiada pitch sempurna. Tapi jika dia ada karisma, boleh jual,” katanya kepada Gempak.
Ajai berkata demikian pada sidang media Sidang Media Konsert ByAjai & Mega Friends pada Rabu.
Dalam masa sama, Ajai menekankan kepentingan tugas artist & repertoire (A&R) dalam mencari bakat-bakat yang benar-benar boleh menyanyi.
“Saya tonton persembahan itu dan saya tidak terkejut. Sebab saya dah biasa tengok budak-budak sekarang menyanyi macam tu. Sebab saya selalu dapat DM untuk audition.
“Selagi label tak jaga kuantiti dan kualiti, memang susah. Label sepatutnya perlu ada A&R dalam menentukan sesuatu produk bagus atau tidak. Nak harap siapa lagi takkan nak harapkan kedai tayar?” katanya lagi.
Terdahulu, persembahan The Gadys yang menyanyikan menuai kritikan yang hebat tatkala menyanyikan lagu Cintaku Sampai Ke Ethiopia secara langsung.