Viral
Isu Halau Sarah Yasmine, ‘Mok Cun’ Diperli Warga Singapura Jual Produk Dalam SGD - “Kenyang Kan?”
Nampaknya, kenyataan pengarah dan penerbit Erma Fatima yang meminta individu asal Singapura, Sarah Yasmine untuk ‘berambus’ dan kembali ke negara asalnya memakan diri.
Pulang paku buah keras
Pempengaruh dan pencipta kandungan dari republik itu, Hafidz Abdul Rahman memulangkan paku buah keras keras kepada Erma, dengan memetik kembali penglibatan figura itu menerusi sebuah ekspo jualan pada bulan Ramadan lalu.
“I don’t know what’s worse: the blatant xenophobia, the excusing of infidelity or the hypocrisy.
“Our artists need to ‘berambus’ but Mok Cun and the likes can hog Celebfest and Expo throughout the year selling her sambal (in SGD no less). Kenyang kan?
“It is also through these events that bedak sejuk cina tu selalu datang bertepuk tampar dan berchamak CHALLO dengan korang but you’re not ready for that conversation are you? Clown.
“Jangan nak step kak long kawasan sangat. Kau sebenarnya tengah wobble pasal tempias kat salah satu artis dalam drama kau kan?” tulisnya.
Terdahulu, Erma Fatima mengakui amat kecewa dengan sikap Sarah Yasmine yang sudah membuka aib beberapa artis tempatan sekali gus menggesa Sarah supaya berhenti menghancurkan industri hiburan Malaysia.
Must-Watch Video