VIRAL
Isu Herpes, Suami ‘Back Up’ Kieda Crepe - “Bini Aku Buat Apa Yang Gelabah Sangat Ni, Konten Sekadar Hiburan”
Susulan tular isu jangkitan Herpes, suami kepada usahawan Kieda Crepe iaitu Hilmi Zaki tampil mempertahankan isterinya.
Konten sekadar hiburan
Menurut Hilmi, konten yang dimuat naik itu hanyalah sekadar gurauan suami isteri namun tidak menyangka perkara tersebut diambil serius oleh netizen.“Mau dok relax lah, bini aku buat apa yang hang gelabah sangat nie, konten sekadar hiburan, bukan realiti.
“Come on, 2025 dah, apa yang aku nasihat netizen, kapsyen aku terpulang lah nak letak apa, bukan aku buat salah apa pun,” tulisnya menerusi ruangan komen.
Dalam pada itu, Hilmi juga memaklumkan bahawa mereka suami isteri sememangnya sudah biasa bergurau kasar seperti itu.
“Kalau realiti, melawak Iagi kasaq hahaha. Tapi itulah, media sosial ni cepat menghukum orang,” coretnya.
Terdahulu, Kieda mendedahkan bahawa dia mengalami jangkitan herpes simplex selepas bibirnya dipenuhi bintik kecil.
Menerusi video di TikTok, Kieda berseloroh mengaitkan jangkitan tersebut dengan kebersihan alat kelamin suaminya, sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.