Personaliti media sosial, Sharifah Rose tampil menjelaskan kekeliruan mengenai hubungannya dengan pelakon, Izara Aishah apabila ada yang mendakwa mereka saling ‘berperang’ di media sosial.

Isu itu timbul apabila Izara sebelum ini mempertikaikan pihak stesen televisyen lebih gemar mengambil instafamous sebagai pelakon bagi mewarnai drama terbitan mereka.

Luahan Izara itu dibuat menerusi satu ciapan di Twitter.

Susulan itu, rata-rata netizen kemudiannya membuat spekulasi bahawa ciapan itu ditujukan kepada Sharifah Rose yang kini terlibat dalam sebuah penggambaran drama.

Terbaru, Sharifah Rose atau nama sebenarnya, Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira, 23, berkata, dia sudah menghubungi Izara bagi menjelaskan salah faham yang berlaku.

"Terdapat salah faham terhadap keseluruhan situasi. Saya sendiri sudah bercakap secara peribadi dengan kak Izara Aishah dan kami berdua dah pun selesaikan isu ini.

"Memang tidak ada apa-apa isu melibatkan kami berdua atau ada kisah sensasi yang perlu dikongsikan.

"Kamu semua sengaja melebih-lebihkan cerita sehingga ia menjadi panas," katanya.


Terdahulu, Izara menafikan ciapannya sebelum ini ditujukan kepada Sharifah Rose.

Malah, Izara, 29, turut mengalu-alukan kehadiran selebriti Instagram itu dalam bidang lakonan dan bergelar anak seni.

"Oh anda semua memang obses dengan Sharifah Rose. Rose, anda sudah berlakon sejak belum bergelar Instafamous lagi dan dengarnya ia memang minat anda.

"Tolong menyinar dan jadi salah seorang anak seni yang mengangkat nama industri," katanya.

BACA : “Fitnah..” - Izara Aishah Tepis Dakwaan Instafamous Jadi Pelakon Merujuk Kepada Sharifah Rose