Kontroversi Janna Nick dan peminat K-Pop turut mengheret beberapa pelakon yang pernah meninggalkan komen di Instagram pelakon terbabit.

Selain Lia Natalia, aktor kacak Nazim Othman antara yang terkesan dengan tindakan ekstrim peminat fanatik K-Pop baru-baru ini.

Nazim enggan memanjangkan isu lantas telah memuat naik video permohonan maaf di Instagram Stories pada Isnin.

Jelas Nazim, dia tidak bermaksud untuk menghina atau tidak menghormati mana-mana pihak menerusi komen yang ditulis di Instagram Janna sebelum ini.

"Pertama sekali, saya nak mohon maaf kepada semua di luar sana dari hati saya yang paling dalam sekiranya ada tindakan saya yang menyakitkan anda, terutamanya, untuk komen terbaru saya.

"Saya tak bermaksud nak menghina atau tidak hormat sesiapa dalam apa juga cara. Saya komen sebab saya macam tak percaya dengan apa yang saya tengok. Saya minta maaf kalau ada salah faham," katanya.

Menerusi komen terbabit, Nazim bertanyakan semula kepada Janna dengan soalan; "Lisa Black whattttt???" yang kemudian dibalas Janna dengan bunyi seperti khinzir dengan emoji kepala haiwan itu.

Di Instagram @jannanickstudios, satu hantaran menulis LISA BLACKPIG merujuk kepada salah satu karakter dalam karyanya yang digambarkan sebagai gadis gedik.

Tindakan Janna membangkitkan kemarahan peminat Kpop terutamanya, peminat kumpulan BLACKPINK yang menganggap Janna tidak menghormati anggota kumpulan itu dan bersikap melampaui batas.

Sikap merendah diri Nazim yang memohon maaf itu menjadi topik bualan hangat netizen di Twitter hingga menjadikan namanya antara yang trending.

Malah, Nazim juga dipuji ramai biarpun disifatkan peminat K-Pop tidak bersalah dalam hal itu.

"Nazim Othman tak salah papa pun, tapi dia dgn penuh humble apologize. What a good attitude as an entertainer.

"No need to mock anyone, promote anything. But some of the guilty one will never understand what humble apologize means," puji seorang peminat.

"Nazim Othman just left a comment because he felt disbelief of what Janna wrote. Lah dia yang tak bersalah pun dia minta maaf. He's just left a comment with a vibe like "Bi*ch, excuse me?" to Janna. ya all interpret it in the wrong way. Sian Nazim," tambah pengguna lain.

"My respect to Nazim Othman when he still apologise eventho he just commented on janna ig post," sahut individu lain pula.