HIBURAN
Isu Kabin Kru, Zeera Azizi Beri Nasihat - “Sebelum Bercakap Kena Berfikir Sama Ada Perkataan Itu Buat Orang Terasa Atau Tidak”
Pelakon, Zeera Azizi tidak menolak ada kemungkinan wujudnya salah faham berkaitan insiden melibatkan seorang pramugari dan aktres, Fasha Sandha baru-baru ini.
Mungkin berlaku salah faham dari segi intonasi
Menurut Zeera, salah faham itu mungkin berlaku dari segi intonasi digunakan oleh kru penerbangan itu kepada Fasha yang berkemungkinan berniat untuk memuji sikap pelakon popular itu.Namun jangan salah faham, Zeera juga tidak menyokong tindakan pramugari tersebut dan soalan seperti itu tidak sepatutnya ditanya kepada penumpang.
Zeera berkongsi perkara itu ketika ditemui pada acara tayangan perdana siri premium Astro Originals, First Wives di TGV KLCC pada Rabu.“Bagi saya apa yang pramugari itu cakap memang tidak bagus. Tapi kita tak tahu dia punya niat, mungkin dia nak puji artis naik kelas ekonomi.“Mungkin cara percakapan dan intonasi digunakan membuatkan timbul salah faham pramugari itu mahu menyindir,” katanya.
Dilatih tidak menyakiti perasaan penumpang
Dalam pada itu, Zeera yang juga merupakan bekas kabin kru berkata setiap pramugari akan dilatih melayani penumpang dengan mesra dan tidak menyakiti perasaan mereka"Tiada pramugari dilatih sakitkan hati penumpang, tambahan pula bila bekerja kita kenalah ikhlas."Nasihat saya, sebelum bercakap kena berfikir dahulu sama ada perkataan yang ingin dikatakan itu akan buat seseorang terasa hati atau sebaliknya," jelasnya
ARTIKEL BERKAITAN:Isu Kru Penerbangan, Zarul Umbrella Luah Rasa Kesal - “Sebagai Bekas Cabin Crew Saya Kecewa, Semua Diajar Layan & Served Penumpang Sama Rata”
ARTIKEL BERKAITAN:Fazura Komen Isu Fasha Sandha Terkilan Ditegur Pramugari - “Ia tidak Menentukan Status Atau Kestabilan Kewangan Sesiapa”
ARTIKEL BERKAITAN:Fasha Sandha Sudah Maafkan Pramugari, Tapi Tak Akan Lupakan - “Semoga Dia Yang Tersalah Tutur Kata Itu…”
ARTIKEL BERKAITAN:Penumpang Biadab, Tengking Pramugari Lepas Dinasihat Pakai Tali Pinggang Keledar
ARTIKEL BERKAITAN:"Jadi Pramugari Ajar Saya Bersabar, Berkomunikasi Lebih Baik" - Ziana Zain
Terdahulu, Fasha meluahkan rasa kecewa terhadap seorang pramugari yang mempersoalkan dia menaiki kapal terbang kelas ekonomi bersama keluarga.
Biarpun pramugari itu sudah memohon maaf, namun perkara itu meninggalkan kesan pada dirinya sehingga meluahkannya di media sosial.
Dalam perkembangan lain, Zeera bakal tampil dengan drama terbaharu lakonannya berjudul First Wives.
Selain Zeera, pelakon lain yang turut membintangi drama tersebut ialah Mimi Lana Melissa Campbell, Malek Mccrone, Charles Robert, dan Andy Teh.
Drama premium 8 episod ini akan menemui penonton bermula 11 April, setiap Isnin jam 9 malam, di Astro Citra (saluran 108), manakala Astro Ria (saluran 104).
Manakala pada 12 tengah malam menerusi platfrom On Demand, Astro GO dan sooka.
Must-Watch Video