Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila terbongkarnya kegiatan kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging itu menggunakan logo Halal di sebuah gudang di Senai, Johor.

Pendedahan itu sekali gus menimbulkan kemarahan masyarakat beragama Islam di negara ini.

Malah, banyak tomahan dan pihak cuba dipersalahkan dalam isu ini.

Terkini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tampiil menasihatkan semua pihak agar tidak memberi ulasan dan pandangan berkaitan isu daging seludup kerana dikhuatiri boleh menjejaskan kredibiliti kes.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata, ketika ini kes masih dalam siasatan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Semua pihak diminta supaya menghormati proses tindakan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.

"Perkara ini secara tidak langsung boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat dan boleh menjejaskan pengimport serta pengusaha industri daging negara yang telah mendapat pengesahan halal yang sah.

"Sebarang komentar yang tidak disertakan dengan bukti yang kukuh boleh menyebabkan timbulnya isu lain yang dikhuatiri menjejaskan kepercayaan terhadap pensijilan halal Malaysia di peringkat domestik dan antarabangsa," katanya.

Tambah, Abdul Aziz, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai isu penyeludupan daging dan penyalahgunaan kuasa hendaklah melaporkannya kepada pihak berkuasa yang berkaitan.

“Pengimportan daging dan produk daging hanya dibenarkan daripada abatoir atau loji pemprosesan yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dan Jakim.

“Daging dan produk daging yang diimport masuk perlu pengesahan halal daripada badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan rasmi dikeluarkan semalam.

Dalam pada itu, jangan lupa untuk sama-sama mengundi artis kesayangan korang yang tercalon dalam Gempak Most Wanted di sini.

1.Artis Kacak TerGempak 2020

https://voting.astro.com.my/artis-cantik-tergempak-2020/

3.Artis Bujang TerGempak 2020

https://voting.astro.com.my/artis-bujang-tergempak-2020/

4.Anak Selebriti Adorable TerGempak 2020

https://voting.astro.com.my/anak-selebriti-adorable-tergempak-2020/

5.Couple Romantik TerGempak 2020

https://voting.astro.com.my/couple-romantik-tergempak-2020/

6.Ajushi Elok TerGempak 2020

https://voting.astro.com.my/ajushi-elok-tergempak-2020/

7.BBNU TerGempak 2020

https://voting.astro.com.my/bbnu-tergempak-2020/

8.Couple Selebriti Stylo TerGempak 2020

https://voting.astro.com.my/couple-selebriti-stylo-tergempak-2020/

9.Influencer TerGempak 2020

https://voting.astro.com.my/influencer-tergempak-2020/

10. Individu TerGempak 2020

https://voting.astro.com.my/individu-tergempak/

Untuk makluman undian Gempak Most Wanted boleh diundi tanpa had.

Undian akan ditutup pada 28 Disember, jam 6 petang. Jadi apa tunggu lagi? Jom undi!