Apa sahaja yang dilakukan oleh penyanyi nombor satu negara Datuk Sri Siti Nurhaliza sudah pasti menjadi buah mulut wargamaya.

Daripada lagu-lagu popular, keluarga tercinta, aktiviti berbasikal serta penampilan terbarunya, boleh dikatakan mata-mata peminat begitu tertarik.

Terkini, netizen mendakwa pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu ini hamil anak kedua semakin menjadi-jadi di laman sosial.




Selepas melancarkan album terbarunya ManifestaSITI 2020 dan menyiapkan beberapa buah video muzik, Tokti memaklumkan dirinya mahu berehat untuk memberi tumpuan kepada perancangan mendapat anak kedua.

Menerusi satu temubual ketika membuat penampilan istimewa di sebuah klinik kecantikan, Tokti menyatakan usaha untuk mendapatkan anak kedua tidak akan berhenti selagi dikurniakan rezeki itu.

Untuk fokus pada kehamilan, sesorang itu perlu tenang, relaks, tidak memikirkan perkara-perkara yang mendatangkan serabut kepala.

Bukan sahaja aktiviti seni, Tokti juga dilihat kurang aktif melakukan aktiviti berbasikal seperti kebiasaannya.

Tetapi apa yang peminat perlu faham, Tokti bukannya menghilang. Dia cumae mengurangkan tumpuan pada aktivitvi seni dan menghabiskan masanya untuk diri sendiri.

Apa yang diperlukan sekarang Tokti adalah ruang untuk dia berehat dan menjalani rawatan yang sepatutnya.

Bagaimana netizen dengan mudah membuat spekulasi hanya berdasarkan sebuah gambar yang tular di laman sosial berbanding memberikan penyanyi kesayangan negara ini masa dan ruang yang diinginkan.

Mendoakan rezeki dirinya hamil anak kedua dan diberikan kesihatan di tahap yang terbaik adalah apa yang Tokti perlukan daripada semua.

Kami pasti jika kehamilan kedua itu berhasil, Tokti akan berkongsi sendiri berita baik itu bersama dengan para peminat tetapi buat masa sekarang, hentikan sebarang spekulasi yang boleh menyebabkan salah faham.

Tokti sebelum ini pernah mengalami keguguran pada November 2015.

Pada tahun 2017, Tokti, 41, membuat pengumuman tentang kehamilan dirinya setelah 11 tahun berkahwin dengan ahli perniagaan Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa, 61.

‘Sweet couple’ ini bahagia dengan kehadiran seorang cahaya mata perempuan, Siti Aafiyah yang kini berusia dua tahun.