Isu Kereta Rosak Selepas 8 Jam, Pengguna Dakwa Kenyataan Media Perodua Tak Selesaikan Masalah

Gempak
Januari 5, 2024 01:55 MYT

Pengguna kereta Perodua Bezza yang rosak hanya selepas lapan jam dipakai mendedahkan beberapa isu yang bercanggah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat itu baru-baru ini.

Menurut wanita itu, tiada hitam putih ataupun maklumat rasmi berkaitan tindakan Perodua menawarkan kereta sementara dan membeli semula kenderaannya.

BERITA TRENDING: Perodua Beri Kenyataan Isu Pengguna Sempat Pakai Bezza 8 Jam Sebelum Kereta Rosak, Tak Siap Dibaiki…

“Solusi Perodua adalah untuk saya beli kereta kedua dengan cara submit loan kereta kedua.

“Ada jaminan secara hitam putih tak yang kata kereta pertama saya akan dibeli semula dan saya tak perlu pinjaman pertama? Tiada.
“Dah lebih dua bulan masih belum ada apa-apa maklumat atau secara terperinci mengenai pembelian balik, tempoh pembelian balik, pembayaran pinjaman dan semua tu,” tulisnya.

Damage control Perodua tak berapa berjaya.... pic.twitter.com/C4MhRBlGAq

— MYNEWSHUB (@mynewshub) January 4, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, wanita tersebut beranggapan supaya syarikat berkenaan tidak membuat kenyataan media hanya untuk meredakan keadaan sebaliknya memfokuskan untuk menyelesaikan masalah pelanggan.
“Jangan buat kenyataan media hanya untuk redakan suasana tapi sebenarnya tak selesaikan pun masalah saya.
“Saya nak penyelesaian, bukan nak cari gaduh atau viral,” jelasnya.
Sekadar info, wanita itu sebelum ini berkongsi tentang kereta jenis Perodua Bezza yang baharu sahaja dibeli mengalami kerosakan engin hanya selepas lapan jam digunakan.
Difahamkan, pihak Perodua memaklumkan kerosakan itu berlaku berpunca daripada kemasukan bendasing seperti gula pada bahagian enjin.

Sumber: Platform X

#Viral #Kereta #Perodua #Rosak