Laman Utama

Isu Kewangan, Ubai Akui Mampu Sara Shila Amzah – “Kalau Tak Ada Duit, Tak Tunang”

gempak
Syafiqah Jalal
01/06/2023
01:49 MYT
Sponsor Banner
Isu Kewangan, Ubai Akui Mampu Sara Shila Amzah – “Kalau Tak Ada Duit, Tak Tunang”
“Daripada kenyataan Shila itu, maksud tertekan tu adalah saya memikirkan juga lah dan berbincang lepas ni kena ada insuran keluarga dan kewangan semua,” jawab pempengaruh media sosial terkenal, Ubai, 25, mengulas jawapan penyanyi Shila Amzah mengenai tertekan dengan isu kewangan.
Kenyataan Shila, 33, yang mendapat perhatian media itu dimuat naik sendiri penyanyi yang mencipta nama di China berkenaan ke Instagram Story miliknya.
Dalam perkongsian itu penyanyi lagu Memori Tercipta itu memberitahu dia tidak pernah memberi tekanan kepada bakal suaminya untuk mendapatkan pendapatan yang setanding dengannya ketika ini.
Malah isu kewangan itu sudah banyak kali dibincangkan bersama Ubai sejak mereka serius menjalin percintaan.
Berkata kepada Astro Gempak, Ubai yang juga seorang penerbit kandungan itu memberitahu dari kewangannya mampu menyara kehidupan Shila yang juga tunangnya jika mereka mendirikan rumah tangga kelak.
“Dari segi kewangan, saya ada kerja tetap ada pendapatan sendiri yang sepatutnya tak perlu semua orang tahu…Cukuplah saya mampu sekadar menjalankan kehidupan biasa dan berumah tangga dengannya nanti.
“Kalau nak cakap tak ada duit, tiada lah berlangsungnya majlis tunang itu,” tegasnya.
Bagaimanapun Ubai terpaksa akur, untuk mencapai tahap Shila Amzah dirinya masih awal lagi.
“Untuk capai tahap Shila Amzah tu belum lagi lah kerana dia dah bekerja dan berkidmat dalam industri hiburan dari umur muda lagi dan perjalanannya sudah lama.
“Berbanding saya pula selepas tamatkan pengajian baru sahaja bekerja dan tuhan bagi rezeki lebih sekarang dan masih lagi mencari rezeki…demi untuk keselesaan mak ayah saya serta Shila selepas berkahwin nanti,” ulasnya lagi.
Pada 27 Mei lalu, Ubai dan Shila mengejutkan ramai pihak apabila mengikat tali pertunangan di sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat sahaja.
Perkara tersebut mengejutkan ramai susulan beberapa hari sebelum itu timbul spekulasi hubungan mereka sudah putus selepas lima bulan bercinta. Mereka difahamkan bakal bernikah tahun ini.
Sebelum ini, Shila pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018, namun bercerai pada Februari 2022. Hasil perkongsian hidup, Shila dikurniakan seorang anak lelaki bernama Seth Uwais.
BACA: Shila Amzah Kongsi Tips Lelaki Muda Pikat Hati Ibu Mentua
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024