Hiburan
"Isu 'Kluster Kayangan' Ni Agak Menggelikan Bulu Telinga Aku" - Naim Daniel Cipta Lagu Khas
Baru-baru ini kecoh tentang 'kluster kayangan' yang ditujukan khas kepada mereka yang baru pulang daripada luar negara dan didakwa mahukan layanan kelas pertama daripada frontliners.
Ada segelintir di antara mereka didakwa bercakap kasar dan menengking petugas di bahagian hadapan, sehingga mereka dinamakan 'kluster kayangan' oleh netizen di media sosial.
Kisah-kisah yang dikongsi turut mendapat perhatian pelakon dan penyanyi Naim Daniel yang mencipta lagu khusus untuk mereka.
"Sorry guys sebab 2 hari rehat daripada sambung buat lagu untuk playlist KERANA CORONA aku ni. Harini aku sambung balik sebab ada isu pasal orang kata 'kluster kayangan' ni yang agak menggelikan bulu telinga aku. Jadi terpanggillah aku untuk buat lagu ni.
"Aku tahu tak banyak benda aku boleh buat sebagai rakyat Malaysia, jadi aku luah dalam lagu, kalau ada yang dengar dan boleh apply apa yang aku cuba sampaikan pun kira aku dah seronok dah," tulis Naim pada satu entri di Instagram miliknya.
Tambah Naim, satu perkara yang menjadi pegangan hidupnya adalah jika memudahkan kerja orang, Insya-Allah, Allah akan permudahkan kerja kita.
Must-Watch Video