Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Isu Koronavirus? Tukang Cuci Hospital Sungai Buloh Ini Diangkat Sebagai 'The Unsung Hero'

Hanafis Haris 28/01/2020 | 12:22 MYT
Kecoh sejak kebelakangan ini apabila wabak virus dikenali sebagai koronavirus melanda beberapa negara di seluruh dunia termasuklah Malaysia.
Namun, dalam pada kebimbangan itu, satu posting di Twitter oleh seorang pemuda ini mencetuskan rasa sayu dalam kalangan netizen.
Menerusi posting itu, individu dikenali sebagai Faris Mahadi meminta orang ramai mendoakan ayahnya yang berkerja sebagai tukang cuci di Hospital Sungai Buloh.
"Doakan ayah saya dan staff lain yang bekerja sebagai tukang cuci daripada koronavirus.
"Siapa kata yang kerja cleaner ni mudah je, time kena macam ni sangat mencabar bagi mereka," katanya.
Sementara itu, rata-rata netizen menganggap pekerjaan tukang cuci merupakan kerjaya yang mulia.
Tidak kurang juga yang menganggap mereka sebagai wira tak didendang atau 'The Unsung Hero'.
Sehingga kini posting tersebut telah menerima 33,000 perkongsian dan 35,000 likes.
Untuk rekod, tiga warga China yang di kuarantin di Johor Bahru sebelum ini telah disahkan positif koronavirus.
Mereka kemudian ditempatkan di Hospital Sungai Buloh untuk pemantauan lanjut.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Malaysia #Koronavirus
;