Isu Langgar SOP Di Majlis Berbuka Puasa Anjuran Caprice, Amin Idris Beri Kerjasama Kepada Pihak Polis
Fiza Kamarudin
06/05/2021 00:01 MYT
06/05/2021 00:01 MYT
Pengacara dan personaliti televisyen, Amin Idris akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis berhubung isu melanggar SOP di Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021.
Amin berkata, dia sudah pun dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis di Balai Polis Dang Wangi semalam (Selasa).
“Saya akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dan tidak ada apa yang perlu ditakutkan kerana saya tidak melakukan kesalahan.
“Saya daripada awal PKP turut berkempen untuk orang supaya menjaga SOP. Saya siap berperang dengan kumpulan yang dakwa Covid-19 ini konspirasi, yang kata ini agenda dajjal dan macam-macam lagilah.
“Berperang sampai tahap saya kena maki, ada yang kata nak sula punggung saya sebab menentang teori konspirasi,” katanya ketika ditemui Gempak semalam (Selasa).
Mengulas mengenai perkara tersebut, Amin berkata sepanjang majlis tersebut kesemua tetamu yang hadir menjaga SOP sehingga majlis berakhir.
Bagaimanapun timbul salah faham apabila fotonya sedang berbual dengan selebriti media sosial, Nurin Afiqah menjadi tular dan didakwa tidak mengikut SOP.
“Saya tidak marah apabila Nurin upload video acara tersebut sebab saya tak salah. Saya percaya Nurin juga tidak berniat jahat apabila memuatnaik video berkenaan.
“Cuma mungkin dia dikenali ramai dan ada segelintir yang memang suka mencari salah ini mula memperkatakan tentang hal itu.
“Sedangkan kalau kita tengok di luar sana, yang bukan selebriti pun melanggar SOP berhimpit-himpit di bazar Aidilfitri, tidak mengimbas kod QR My Sejahtera dan sebagainya.
“Nasihat saya dengan rendah diri, kita boleh cari salah orang tetapi suatu hari nanti bila salah kita Allah SWT buka, nasiblah kita.
“Sebab itu bila nak kritik orang berpada-padalah jangan sampai keluar perkataan-perkataan tidak baik dan melampaui batas,” katanya ketika ditemui pada majlis Malam Aspirasi & Anugerah Vieura 2021 pada malam Selasa di Bangi Avenue Comvention Centre.
Dalam pada itu Amin berkata, dia menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Minggu lalu tular di media sosial foto menunjukkan majlis berbuka puasa yang berlangsung pada Khamis lalu dengan kehadiran orang ramai.

Selain Amin, turut kelihatan dalam foto yang tular tersebut ialah beberapa artis lain, antaranya penyanyi rap Caprice, Ashraf Muslim, Heliza Helmi, Iman Troye, Mawar Rashid dan PU Hafiz.