Isu Menyusu Anak Di Public, Kak KM: “Biasalah, Kalau Kau Dah Tak Glamour Kan…Nak Tumpang Populariti Kak KM, Kesian Sedeh!”
Fiza Kamarudin
22/02/2022 04:35 MYT
22/02/2022 04:35 MYT
Usahawan kontroversi Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM seakan tidak peduli tentang kecaman dan teguran selepas aksinya menyusukan anak di tempat awam tanpa ‘nursing cover’ menjadi perdebatan ramai.
Kak KM malam tadi (Isnin) telah membuka peluang kepada pengikut di laman sosial Instagram (IG) untuk bertanyakan apa sahaja soalan kepadanya.
Antara soalan yang diajukan pengikut termasuklah isu berkaitan menyusukan Cinta Carrisa ketika majlis akikah anak keempatnya itu.
Menjawab soalan tersebut, Kak KM berkata ketika menyusukan Cinta dia tidak mendedahkan bahagian payudaranya itu.
“Saya setuju dengan awak…Awak tak boleh nampak pun payudara saya. Tet*k kita tak nampak pun, yang kau menggelabah ayam kenapa kan? Tunjuk betul-betul baru tahu!,” jawab Kak KM bersahaja.
Selain itu Kak KM turut menjawab soalan netizen mengenai rakan artis yang menegurnya tentang isu sama.
“Alah nak nasihat aku…Biasalah kalau kau dah tak glamour kan, bila kau nak tumpang populariti Kak KM kan…Kesian, sedih! Nak dapat content la tu,” katanya.
Baru-baru ini, perkongsian Kak KM di Instagram menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video sedang menyusukan anaknya berusia dua bulan di sebuah restoran di Kuala Lumpur.
Rentetan itu ramai yang menegur perbuatan tersebut termasuk penyanyi Liza Hanim yang berpendapat perkara itu tidak sepatutnya berlaku, sebaliknya usahawan tersebut sepatutnya menjaga kehormatan sebagai seorang wanita dan juga ibu.
[[BACA: “Tolong Jaga Adab Waktu Menyusu Anak In Public”- Liza Hanim Mohon Jaga Kehormatan Sebagai Wanita & Ibu]]