Viral
Isu Minta RM10,000 - Anim Ezati Minta Maaf, Dakwa Sugu Pavithra Keliru Soal Stesen Televisyen
Pengacara Anim Ezati Rizki, 28, tampil memberi penjelasan selepas menerima kecaman berkenaan isu YouTuber masakan popular, Sugu Pavithra yang menetapkan bayaran sehingga mencecah RM10,000 bagi program masakan selama satu jam.
Jelas Anim, dia ada menghubungi Pavithra untuk menawarkan projek itu tetapi untuk syarikat miliknya.
"Guys, dua benda korang kena tahu sebelum nak serang saya. Saya bukan dari stesen televisyen seperti yang didakwa.
"Saya telefon wakil dari syarikat saya. Untuk content YouTube. Untuk client saya. Saya tak pernah paksa dia untuk terima kerja ni.
"Ceritanya, saya telefon Pavithra dua kali sahaja. 1 kali Mr Sugu angkat, dia cakap Pavithra tak ada. Yang kali kedua, Pavithra ada.
"Kemudian saya sampaikan hasrat nak ambil dia sebagai my talent. Dia cakap rate dia RM10,000. Untuk satu jam. Saya cakap tu dah overbudget pada client saya. Kemudian kami tamatkan perbualan," tulisnya.
Pendedahan itu dibuat menerusi media sosial miliknya sebentar tadi.
Tambah Anim, dia sedar entri tersebut telah mengundang kemarahan dalam kalangan warganet.
Namun begitu, Anim atau nama sebenarnya Anim Ezati Rizki Mohd Khalid menyatakan dia juga berhak untuk bersuara tentang kadar bayaran yang ditetapkan.
"Jadi saya buat status di Instagram. Itu yang mendatangkan kemarahan orang ramai sebab saya sebut nama dia. Saya minta maaf pasal itu.
"Tapi apa salahnya kalau rate dia RM10,000? Orang tak mampu macam saya, carilah talent lain. Kan? Itu hak dia. Dan saya rasa hak saya juga untuk up kan status itu.
"Jadi, saya hubungi dia (Pavithra) pagi ini, minta maaf dan tanya kenapa dia buat kenyataan sebegitu (cakap saya paksa dan sebagainya).
"Pavithra pun minta maaf kepada saya, sebab kenyataan tu salah. Suami dia, Mr Sugu yang bagi kenyataan tu. Jadi dia akan betulkan semula dakwaan.
"Dan stesen televisyen yang nak shoot dia dengan saya adalah dua entiti yang berbeza. Dia keliru tentang itu. Itu sahaja. Sekian jangan marah-marah lagi," tulisnya lagi.
Hasil pemerhatian Gempak, laman Twitter Anim sudah dibanjiri dengan komen-komen yang tidak berpuas hati dengan tindakannya yang dikatakan tidak profesional.