Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

“Isu Mommy & Baba Tolak Ketepi…”- Sharnaaz Tetap Sambut Raya Dengan Anak & Noor Nabila

Syafiqah Jalal 24/05/2020 | 22:00 MYT

Pelakon Sharnaaz Ahmad tetap menyambut Hari Raya bersama anaknya, Jebat Jayden di rumah keluarga Noor Nabila meskipun mereka masih dalam proses perceraian.

Menurut Sharnaaz dia sanggup mengenepikan isu yang wujud di antaranya dan Nabila demi untuk bersama anaknya.

“Cukup sempurna dah bagi aku. Baba (Sharnaaz) loves you boy. Isu mommy dan baba tolak ketepi, kami sayangkan kamu sangat.

“Selamat hari raya sayang baaa.. and to nabila too, super mother to my boy,” katanya.

Sharnaaz berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Cukup sempurna dah bagi aku.. ba loves you boy, mummy and baba issue put aside, we both love u so much.. @jebatjayden selamat hari raya sayang baaa.. and to nabila too, super mother to my boy.

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on

Menerusi entri tersebut, Sharnaaz memuat naik fotonya bersama anak dan isteri.

Entri tersebut mendapat perhatian rakan artis serta peminatnya yang rata-rata mendoakan yang terbaik buat hubungan mereka.

“Epik! Selamat Hari Raya brother,” komen Shuib

“Kami doakan yang baik-baik ,harap ada sinar 1 hari nanti amin,” komen Fizz Fairuz

“Perfect family brother,” komen Amar Alfian

Terdahulu, Sharnaaz didakwa sengaja melengahkan percerian selepas kakak kepada pengacara popular Neelofa memfailkannya di mahkhamah tahun lalu.

Pada 11 September lalu, mahkamah memerintahkan satu Jawatankuasa Pendamai (JKP) dibentuk bagi mencari penyelesaian dalam kes tuntutan cerai pasangan ini.

Bagaimanapun, Sharnaaz pula memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya itu pada 30 September lalu.

Bagi prosiding JKP, Sharnaaz melantik rakan baiknya sebagai wakil manakala Noor Nabila melantik bapa tirinya Abdul Halim Khan.

Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia setahun.

#Neelofa #cerai #Sharnaaz Ahmad #Noor Nabila
;