Laman Utama
Isu Palestin, Syamimia Hilang Ratusan Ribu Pengikut di TikTok - “Sebagai Pengajaran Untuk Masa Depan”
Sejak dikecam hebat oleh netizen gara-gara enggan berkongsi kesedaran mengenai Palestin di media sosial, akaun TikTok pempengaruh Syamimia kini semakin berkurang.
Sebelum ini, Syamimia yang terkenal dengan kandungan mengenai rumahnya dan masakan itu mempunyai 1.1 juta pengikut namun selepas isu itu, kini akaun TikTok miliknya berkurangan.
Sehingga artikel ini ditulis, Syamimia kini hanya mempunyai 966,300 pengikut dan dilihat semakin berkurang.
Malah, ada juga segelintir netizen yang menjangkakan pengikut Syamimia akan lagi berkurangan selepas ini.
Rata-rata netizen menganggap pengurangan pengikut itu disebabkan penjelasan Syamimia yang pada mulanya memilih untuk tidak berkongsi mengenai kesengsaraan rakyat Palestin di media sosial.
Menerusi pemeriksaan Gempak, Syamimia juga kini memilih untuk menutup ruang komen dan sudah mula berkongsi mengenai Palestin di Instagram miliknya.
Terdahulu, Syamimia mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri dan tidak menggunakan pengaruhnya berkongsi tentang isu ini di media sosial.
Menurut Syamimia, dia mempunyai hasrat untuk memberi sumbangan seperti pempengaruh yang mempunyai nama besar tetapi buat masa ini dia hanya mampu berdoa.
Tambahnya, dia kini lebih fokus kepada keperluan keluarga dan mahu membuat kebaikan dengan secara menyeluruh, bukannya dengan mengikut isu tertentu.
Syamimia bagaimanapun menerusi siaran langsung pada malam Isnin memohon maaf secara terbuka atas penjelasannya yang menyebabkan ramai rakyat Malaysia tergores hati.
Must-Watch Video