Hiburan

Isu Panggilan Janda, Kak Lina Pom Pom Tak Kecil Hati Dengan Janna Nick

gempak
Kamaruddin Razal
08/01/2020
11:55 MYT
Sponsor Banner
Isu Panggilan Janda, Kak Lina Pom Pom Tak Kecil Hati Dengan Janna Nick
Pelakon, pengacara dan penyanyi, Elly Mazelin mengakui dia tidak menyimpan sebarang rasa dendam atau tidak puas hati dengan pelakon Janna Nick.
Terdahulu, Janna dikecam oleh wargamaya ekoran dia menggunakan gelaran 'janda' terhadap Elly yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Insiden panggilan 'janda' tersebut berlaku ketika Janna mengendalikan program hiburan Melodi yang bersiaran secara langsung hujung minggu lalu.
"Janna bergurau sahaja. Saya sudah lama mengenali Janna. Tak ada rasa dendam, marah atau tidak puas hati dengan Janna. "Janna hanya bergurau, saya langsung tak ambil hati. Lagipun, saya sendiri menganggap Janna seperti adik sendiri," katanya ketika dihubungi Gempak.
Enggan memanjangkan perkara ini, Elly turut mendedahkan yang Janna sudah memohon maaf atas ketelanjurannya.
"Janna pun sudah memohon maaf kepada saya sebaik tamat rancangan itu. Saya faham, kadang-kadang bila kita mengendalikan rancangan siaran langsung, insiden tersasul pasti berlaku.
"Jadi, saya harap perkara ini tidak dibesarkan dan orang ramai tidak mengkritik Janna kerana semuanya baik-baik sahaja antara kami," kata wanita yang mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live