Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Isu Pelakon Didakwa Pukul Bekas Kekasih Dah 'Sampai' Mahkamah, Sebutan Kes Berlangsung Bulan Depan?

Izwan Isa 19/01/2024 | 07:55 MYT

Pejam celik dah sampai pun hari Jumaat. Tapi is it me, or bulan Januari ni Miss K rasa tersangatlah panjang. Macam tak jumpa-jumpa hujung bulan! Tapi biasanya begitulah awal tahun. Memang masa tersangatlah lambat berlalu.

Bercakap pasal bulan ni, tadi kawan Miss K ada kongsi satu perkhabaran… Katanya, isu pelakon lelaki yang didakwa pukul bekas kekasih tu dah jadi kes mahkamah!
Miss K mula-mula blur, isu yang mana ni? Tapi bila Miss K rewind balik, oh baru teringat isu yang sebulan sekali viral kat media sosial tu.
Katanya, sebutan kestu akan berlangsung pada 5 Februari depan di Kangar, Perlis.
Miss K harap isu ni dapat diselesaikan secara berhemah dengan kerjasama diberikan oleh kedua belah pihak.
Netizen atau orang awam tak tahu cerita sebenar, jadi selayaknya kes ini diangkat e pengadilan untuk diputuskan siapa benar dan siapa salah.
Miss K: Hidup Miss K aman damai sebab single dik…

#Miss K
;