Laman Utama
Isu Perkahwinan Fyna Jebat, Ini Komen Ayda Jebat - “Dia Pun Nampak Tenang Saja Sebab…”
Masih menjadi tanda tanya, penyanyi Ayda Jebat bagaimanapun memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai dakwaan adiknya iaitu Fyna Jebat berkahwin dengan suami orang.
Bagi Ayda, sudah tertulis jodoh adiknya yang juga penyanyi itu dengan bekas jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan dan berharapkan semua orang mendoakan yang terbaik.
“Sebenarnya saya tak boleh nak cakap lebih-lebih sebab bagi saya, ia melibatkan banyak pihak daripada keluarga kita dan dia pun ada keluarga dia.
“Semua orang bukan la berhak atau tidak beri pandangan tapi bagi saya, doakan yang baik-baik saja untuk mereka. Alhamdulillah, dah jodoh dan mereka ambil keputusan untuk kahwin.
“Bagi saya, jodoh itu di tangan Allah… jadi, kita kena terima la. Macam mana pun, saya dan keluarga sentiasa ada untuk menasihati dia apa yang terbaik,” katanya kepada Gempak.
Ayda yang juga seorang pelakon itu ditemui ketika majlis pelancaran produk terbaharu Eucerin Even Radiance di IOI CIty Mall, Putrajaya pada Khamis.
Majlis pelancaran itu juga dihadiri oleh duta produk tersebut iaitu pelakon yang terkenal menerusi drama siri Money Heist Korea iaitu Jeon Jong Seo.
Menurut Ayda, Fyna tetap kelihatan tenang biarpun dilanda kontroversi dan memuji sikap adiknya yang berterus-terang mengenai perkahwinan tersebut.
“Ada netizen yang faham dan ada juga netizen yang kita faham-faham la kan… tapi saya cakap dekat dia, tak apa teruskan kehidupan dengan keluarga dan kena bersabar.
“Insya-Allah yang baik akan datang. Ikutkan daripada pihak kami tidak sukakan kontroversi. Dia pun nampak tenang saja sebab nak buat macam mana kan.
“Tapi saya puji dia kerana berterus-terang dengan status dia. Sebab dia pun tak nak orang pertikaikan atau mencari benda yang bukan-bukan,” ujarnya.
Terdahulu, tular dalam TikTok pengguna Twitter mendedahkan bekas pemain bola sepak yang terkenal pada era 1980-an dan 90-an itu berkahwin dengan Fyna dan bukanlah berstatus duda.
Fyna atau nama sebenarnya, Nur Syafinaz Jebat, 30, pada Ahad lalu mengesahkan dirinya sudah berkahwin dengan Zainal.
Sungguhpun begitu, Fyna yang juga adik kepada pelakon Ayda Jebat itu enggan memperincikan butiran lanjut, termasuk tarikh perkahwinan mereka.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Must-Watch Video