,
Hiburan

Isu Rotan Anak, Aliff Syukri Dikunjungi Jabatan Kebajikan Masyarakat

Kamaruddin Razal
02/05/2019
10:01 MYT
Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan dirinya telah dikunjungi oleh wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) rentetan kes merotan anak, Qadejah El Zahra (Cess) yang sedang tular di media sosial.
Pada Selasa lalu, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang menyifatkan perbuatan itu sebagai penderaan fizikal membuat laporan polis ke atas Aliff kerana merotan Cess yang berusia sembilan tahun dengan alasan kanak-kanak itu membuka tudung.
Laporan itu dibuat oleh Protect and Save The Children (P.S. The Children), ahli Gabungan Hak Kanak-Kanak Malaysia (CRCM) di ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya.
Aliff menjelaskan segala isu mengenai kontroversi terbabit usai majlis pelancaran produk AS Legacy dan pertunjukan fesyen Indahnya Raya 2019 anjurannya di Glam Hall, Mercu Mustapha Kamal, Damansara Perdana.
"Pagi tadi, saya dikunjungi oleh JKM, tetapi mereka datang di pejabat saya. Ketika itu, isteri saya sedang sibuk di tempat acara pelancaran ini, manakala saya juga sibuk mengunjungi beberapa stesen televisyen untuk mempromosikan produk.
"Mungkin mereka mahu bertemu kami suami isteri berkenaan dengan isu yang sedang diperkatakan ramai," kata Aliff.
BACA: "Abah Rotan Sebab Nak Cess Faham Erti ..." - Ini Cara Aliff Syukri Didik Anak Perempuan Yang Buka Tudung
Ingin menjernihkan keadaan, isteri Aliff, Datin Seri Nur Shahida menceritakan keadaan sebenar.
"Sebenarnya, Cess menangis ketika suami menyapu ubat bukanlah kerana dia sakit, tetapi dia terharu bapanya bertindak begitu.
"Tujuan suami saya hanyalah untuk mengajar anak. Dia juga tidak memaksa Cess untuk memakai tudung, Cess sendiri yang mahu berhijab semenjak 1 Januari lalu.
"Sejujurnya, Cess mengikut perangai Aliff. Kuat bercakap, kuat 'berdrama' dan kalau boleh lihat, Cess memang mewarisi sifat Aliff," seloroh Shahida.
BACA: "Jaga Anak Awak Dulu, Tak Payah Sibuk Hal Anak Saya" - Aliff Syukri
Bagi Aliff pula, dia memohon maaf sekiranya tindakan dia merotan anaknya membuatkan ramai pihak tidak senang.
"Saya dengan rendah diri memohon maaf apabila terlanjur perbuatan merakam dan memuat naik perkara itu di laman sosial.
"Cess satu-satunya anak perempuan saya dan saya menjaganya seperti menatang minyak yang penuh.
"Saya nak menjadi bapa sempurna, bukan nak menunjuk di laman sosial, tetapi saya hanya mahu berkongsi dengan followers saya.
"Saya tak sangka perkara ini boleh melibatkan NGO dan menjadi kecoh seperti sekarang.
"Sekali lagi, saya memohon 10 kali maaf kepada semua pihak, saya faham saya salah dan saya jahil," katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Saran Angkat Call Boss Luar Waktu Kerja, Ramai Tak Setuju Dengan Aliff Syukri - “Kena Ingat, Pekerja Pun Nak Juga Waktu Rehat”

gempak
16/06/2024
08:00 MYT
Saranan usahawan kontroversi, Datuk Aliff Syukri berkenaan pekerja harus sentiasa bersedia menerima panggilan daripada majikan ketika di luar waktu bekerja nampaknya tidak dipersetujui netizen.
Viral

Joy Revfa Akui Suami Ada Sejarah Hitam - “Ya, Dia Memang Ada Rekod Tak Baik Mainkan Hati Perempuan & Panas Baran Tapi…”

gempak
26/03/2024
23:55 MYT
Kita doakan yang baik-baik.
Laman Utama

[VIDEO] Aliff Syukri Tunai Haji, Ramai Doa “Semoga Dipermudahkan, Harap Tak Ada Lagi Video Mengarut Lepas Ni”

gempak
22/06/2023
06:45 MYT
Netizen harap Datuk Aliff fokus beribadah.
Laman Utama

“Hidup Perlukan Lawak Dik, Bukannya Ada Adegan Ramas Meramas” - Tarian Gelek Punggung Dengan Ifa Raziah, Aliff Syukri Mohon Maaf

gempak
28/05/2023
00:50 MYT
Datul Aliff kata sekadar hiburan je.
Laman Utama

“Dah Enam Kali Bersalin, Tahu Keupayaan Badan Sendiri”- Isu Berpantang, Shahida Hanya Keluar Sekejap Sebab Kerja

gempak
27/05/2023
09:00 MYT
Masing-masing ada cara pantang sendiri.
BorakSeeni