gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Peminat Ukir ‘RIP OZZY’ Di Buah Tembikai, Black Sabbath Bridge Dipenuhi Kesedihan
BERITA
42 Guru Wanita Minta Cerai Selepas Terima Pelantikan Tetap
HIBURAN
Daiyan Trisha Harap Dapat Berlakon Bersama Bront Palarae - “Kami Suka 'Buli' Sesama Sendiri”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Isu Royalti Lagu, Sheila Majid Enggan Panjangkan, Anggap Sudah Selesai - “Itu Bukan Ditujukan Pada Saya, Tiada Kena Mengena”

Mya Amri
Mya Amri
31/07/2025
01:55 MYT
Sponsor Banner
Isu Royalti Lagu, Sheila Majid Enggan Panjangkan, Anggap Sudah Selesai - “Itu Bukan Ditujukan Pada Saya, Tiada Kena Mengena”
Penyanyi, Datuk Sheila Majid memilih untuk tidak memberikan sebarang ulasan lanjut berhubung isu tuntutan royalti lagu ciptaan Allahyarham Johan Nawawi berjudul Sinaran yang sebelum ini dibangkitkan oleh balu arwah, Datuk Nora Ariffin.

Tiada kaitan dengan isu royalti

Menurut Sheila, isu tersebut sudah selesai dan tidak ada kaitan langsung dengannya secara peribadi.
“Sebenarnya saya tak payah nak komen, benda dah lepas, sudah selesai. Persoalan itu pun tidak ditujukan pada saya, ditujukan kepada publisher,” katanya.
Tambah Sheila lagi, dia sedar akan kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini tidak ditujukan kepadanya.
Malah Sheila juga menegaskan bahawa sebarang salah faham antara pihak terlibat telah pun diselesaikan.

“Tak perlu kita nak panjang panjangkan. Sebenarnya semasa artikel itu keluar, saya sudah tahu itu bukan ditujukan pada saya.

“Tiada kena mengena dengan saya, jadi tak perlu kita nak tiba-tiba triggered pula.
“Apa sahaja salah faham yang berlaku antara dia dan publisher sudah selesai. Tak perlu nak komen,” ujarnya.
Untuk rekod, Datuk Nora sebelum ini dilaporkan menuntut agar hak royalti karya arwah suaminya yang juga seorang komposer dihormati dan diselesaikan secara adil oleh pihak-pihak berkaitan.
Topic Berkaitan
#Nora Ariffin
#Datuk Sheila Majid
#Datuk Nora Ariffin
#Royalti Lagu
#Sheila Majjid
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement