Selebriti Fazura bersyukur kerana akhirnya Mahkamah Tinggi menolak saman oleh pemilik Maydan Trading terhadapnya dan Universal Music Sdn Bhd atas dakwaan melanggar kontrak.
Selepas tiga tahun, kes itu selesai dan berpihak kepada Fazura atau nama sebenar Nur Fazura Shariffudin.
“Alhamdulilah semua dipermudahkan dan semua dah selesai… Syukur pada Allah,” katanya.
Fazura memberi komen ringkas selepas dihubungi oleh pihak Astro Gempak.
Semalam, Mahkamah Rayuan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi menolak saman oleh pemilik syarikat produk kesihatan dan kecantikan tersebut terhadap pelakon Pisau Cukur itu dan Universal Music Sdn Bhd atas dakwaan melanggar kontrak.
BACA: Mahkamah Tolak Saman Pengasas Produk Terhadap Fazura
Malah menurut laporan Bernama, panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hanipah Farikullah, Datuk Azizah Nawawi dan Datuk See Mee Chun menolak rayuan Narhamdan Abd Malek dan mengarahkan beliau membayar kos RM10,000 kepada Nur Fazura.
Narhamdan, yang memiliki dan menjual produk kesihatan iaitu 'candy' yang boleh dikunyah dikenali sebagai 'Q Tab' untuk kesihatan rambut, kulit dan kuku memfailkan saman pada 16 Dis 2017 dengan menamakan Nur Fazura, 38, dan Universal Music Sdn Bhd sebagai defendan pertama dan kedua.
Dalam saman tersebut, Narhamdan mendakwa selebriti itu melanggar kontrak pada penghujung September 2017 apabila Nur Fazura melancar dan memasarkan produk kesihatan dan kecantikan berasingan iaitu 'TRUDOLLY 'TruBeauty' ketika kontraknya masih berkuat kuasa.
Oleh itu, Narhamdan, antara lain, menuntut pembayaran balik RM156,000 daripada Nur Fazura dan Universal Music, ganti rugi RM141,755.61 kerana pelanggaran kontrak, faedah dan kos.
Fazura dalam penyataan pembelaan difailkan pada 29 Jan 2018 mendakwa beliau tidak pernah memasuki apa-apa perjanjian dengan perayu.
Syafiqah Jalal
Wed Sep 08 2021

.jpg?ext=.jpg)
Kerjasama Media Untuk Bawa Suara Rantau Nusantara Ke Pentas Dunia
Tahniah dan selamat maju jaya
![[VIDEO] “Kenapa Comel Sangat”- Bersilat Selepas Tonton Mat Kilau, Netizen Puji Ebit Lew ‘Sporting’! [VIDEO] “Kenapa Comel Sangat”- Bersilat Selepas Tonton Mat Kilau, Netizen Puji Ebit Lew ‘Sporting’!](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/asbp/ebitlewmatkilau.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “Kenapa Comel Sangat”- Bersilat Selepas Tonton Mat Kilau, Netizen Puji Ebit Lew ‘Sporting’!
“Kenapa Comel Sangat”- Bersilat Selepas Tonton Mat Kilau, Netizen Puji Ebit Lew ‘Sporting’!
![[VIDEO]Macam Breakup Dengan Boyfriend” – Maid Bekerja 5 Tahun Pulang Ke Acheh, Eina & Suami Menangis Terasa Kehilangan… [VIDEO]Macam Breakup Dengan Boyfriend” – Maid Bekerja 5 Tahun Pulang Ke Acheh, Eina & Suami Menangis Terasa Kehilangan…](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/asbp/einaazmanmaid_1.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO]"Macam Breakup Dengan Boyfriend” – Maid Bekerja 5 Tahun Pulang Ke Acheh, Eina & Suami Menangis Terasa Kehilangan…
Eina & Suami Menangis Terasa Kehilangan…
.jpg?ext=.jpg)
Wow ! Hanya Dengan RM 99.99 Dapat Layan Semua Siaran Astro?
Pakej menarik

Kisah Ilmu Hitam & Jerangkung Bakal Diangkat Ke Layar Perak Menerusi Jerangkung Dalam Almari
Seramnya!

Takut Anak Diberi Ubat Tidur, Siti Badriah Pasang CCTV Seluruh Rumah
Langkah keselamatan.

Hamba Seks Mengaku Mahu Mati, R Kelly Dipenjara Bukan 10 Tapi 30 Tahun!
Terima keadilan.

#HisteriaTheSeries: Episod 4 Semakin Mendebarkan, Plot Twist Bakal Bongkar Misteri Filem Histeria 2008
Tak sabar episod minggu depan.

“Kalau Orang Lain Rasa Pelik, Tapi Mak Setuju Saya Tak Kisah” – “ Aina Abdul Minta Izin Ibu Untuk Setiap Busana Konsert
Ibu kena tengok dulu baju Aina sesuai atau tidak.

“Rakyat Kelantan Tak Bising Tiada Panggung Wayang” - Timbalan MB Kelantan
Punca gejala sosial.