Laman Utama

Isu Saman Langgar Kontrak, Idris Khan Akan Lawan Di Mahkamah - “Tak Kan Nak Duduk Diam..”

gempak
Azwa Rahman
25/09/2022
05:36 MYT
Sponsor Banner
Isu Saman Langgar Kontrak, Idris Khan Akan Lawan Di Mahkamah - “Tak Kan Nak Duduk Diam..”
Aktor kacak Idris Khan berkongsi perkembangan kes dirinya berdepan tindakan saman selepas dikatakan melanggar kontrak penggambaran sebuah drama terbitan A. Aida Production.
Menurut Idris atau nama sebenarnya Idris Khan Abdul Ghaffar Khan, 34, dia yang tidak suka bermusuh dengan sesiapa mengambil keputusan untuk melawan kes tersebut di mahkamah.
“Saya jenis tak bermusuh dengan sesiapa, semua yang berlaku adalah seperti yang dirancang dan saya akan ke mahkamah pada November.
“Kalau nak bincang, awal-awal tu dia dah bincang kan. Tapi bila dia yang memilih untuk mulakan benda ni, takde apa pun sebenarnya, later on bila dah jalan, ada details so nampak apa yang dia buat sebenarnya adalah keterlaluan, tak perlu pun.
“Untuk saya, kalau orang tahu saya jenis orang ajak bincang, saya okay. Saya bukan jenis suka cari pasal dengan orang. Tapi bila ada orang nak cari pasal dengan you, tak kan you nak duduk diam kan. Lagi pula dia buat in public, so saya akan lawan di mahkamah,” kata Idris kepada Gempak.
Idris ditemui pada majlis pelancaran jenama Morotai yang diadakan di Slate@The Row pada malam tadi.
Selepas terpalit kontroversi, pelakon drama bersiri Tuan Danial ini turut memaklumkan dia mendapat banyak sokongan daripada rakan selebriti untuk berdepan dengan kes tersebut.
“Sejak dua tiga tahun lepas, saya lebih memilih naskhah, penerbit akan approach saya kalau ada skrip yang best. Orang-orang dalam industri pun semua okay je, takdelah sampai nak banned saya. Ramai tahu saya bukanlah seorang yang susah untuk bekerja.
“Ada juga rakan-rakan selebriti, team produksi, persatuan yang datang pada saya dan berikan sokongan jika saya perlukan apa-apa,” jelasnya lagi.
Pada Jun Lalu, nama Idris dan pelakon Amelia Henderson menjadi tumpuan apabila berdepan tindakan saman.
Menurut Aida, dua pelakon tersebut sepatutnya menjalani penggambaran pada 16 Jun lalu namun mengambil keputusan untuk menarik diri sebagai hero dan heroin pada malam 15 Jun.
Dalam perkembangan lain, Idris kini bergelar Ketua Pegawai Eksekutif jenama pakaian sukan Jerman, Morotai yang baharu sahaja dilancarkan di Malaysia.
Sebagai sebuah jenama sukan yang menggabungkan gaya dan kualiti dengan fungsi yang maksimum, Morotai menyasar untuk memudahkan kehidupan para atlet menerusi penggunaan teknologi pintar berinovatif.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live