Laman Utama

Isu Saman Syarikat Produksi, Ben Amir Setuju Bayar RM100,000! - "Kita Selesai Cara Baik"

gempak
Mya Amri
14/04/2022
05:03 MYT
Sponsor Banner
Isu Saman Syarikat Produksi, Ben Amir Setuju Bayar RM100,000! - "Kita Selesai Cara Baik"
Pelakon Ben Amir enggan memberikan komen lanjut kepada media sebaik sahaja keluar daripada Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.
Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin hadir memakai suit lengkap berwarna biru pada mulanya hanya mendiamkan diri.
Selain itu dia juga kelihatan sedikit tegang sebaik sahaja diajukan soalan berkenaan dengan keputusan isu kes saman pelanggaran kontrak dengan pihak produksi, Elisa Vision Sdn Bhd.
“Semua dah selesai, itu sahaja no komen. Selesai cara baik,” katanya ringkas kepada sekumpulan media sambil berjalan keluar ke perkarangan mahkamah bersama peguamnya.
Ketika perbicaraan, Ben bersetuju membayar RM100,000 kepada pihak produksi Elisa Vision Sdn Bhd.
Kes tersebut telah diselesaikan dengan cara baik oleh kedua-dua belah pihak.
Terdahulu, isu bermula apabila Ben didakwa pulang ke Malaysia secara sendiri meninggalkan kesemua krew produksi dan juga pelakon pada 27 Mac 2020.
Tindakan itu dianggap sebagai tidak bertanggungjawab dan pentingkan diri kerana tidak menghabiskan penggambaran sebuah drama yang dijalankan di Scotland.
Difahamkan, Ben juga enggan menyiapkan baki penggambaran drama tersebut di Malaysia dan sekali gus tempatnya digantikan dengan pelakon lain serta produksi harus membuat penggambaran semula.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live