Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Isu Sambal Nyet Diciplak, Khairul Aming Ambil Tindakan Undang-Undang

Izwan Isa
28/12/2023 09:22 MYT

Pempengaruh dan usahawan tersohor, Khairul Aming tampil membuat kenyataan berhubung isu Sambal Nyet miliknya yang diciplak oleh seorang usahawan.



Khairul Aming menerusi hantaran di Instagram berkata, dia telah mengenal pasti penjual berkenaan dan peguamnya juga telah menghantar letter of demand terhadap individu berkenaan.

A post shared by Khairul Amin Kamarulzaman (@khairulaming)


“Berkenaan dengan isu Sambal Nyet ciplak semalam, kita telah pun mengenal pasti penjual tersebut dan peguam kita telah pun menghantar letter of demand for Infringement of Intellectual Property Rights and Passing Off.

“Ada lapan tuntutan yang kita telah senaraikan dan jika mereka gagal penuhi kesemua tuntutan tersebut kita akan bawa kes ini ke peringkat seterusnya,” katanya.



Khairul Aming menambah, trademark Sambal Nyet telah pun didaftarkan di MyIPO sekitar dua tahun lalu.

“Sambal Nyet telah didaftarkan trademark di MyIPO dan telah diluluskan pada tarikh 2 November 2021.

“Saya selalu beri sokongan kepada peniaga kecil tapi berniagalah dengan cara yang beretika dan berhemah. Jangan aniaya orang ramai macam ni,” katanya lagi.

Terdahulu, seorang peniaga menggunakan nama Sambal Nyet sebagai nama produk sambal yang diniagakan, selain menggunakan format pemasaran serupa dengan Sambal Nyet milik Khairul Aming.

#Khairul Aming #Sambal Nyet
;