Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Isu Satu Lagu Siti Nordiana Digugurkan Saat Akhir Pada Acara Malam Tahun Baharu, Ini Respons Pihak Pengurusan

Izwan Isa
02/01/2024 06:55 MYT
Pihak pengurusan penyanyi Siti Nordiana masih menunggu maklum balas daripada pihak penganjur, susulan dakwaan pengguguran satu lagu yang sepatutnya dinyanyikan bintang All Stars Gegar Vaganza itu pada saat-saat akhir pada sebuah acara sambutan tahun baharu yang diadakan di Melaka baru-baru ini.

Susulan daripada itu, pengurus Siti Nordiana, Anas ketika dihubungi Gempak berkata, dia masih belum boleh memberikan sebarang komen mengenai isu berkenaan.

BERITA TRENDING: Berlatih Menerusi Whatsapp Tapi Tetap Nyanyi Dengan Confident, Mokhzani Puji Siti Nurhaliza - “Dia Tiada…"

“Saya masih belum boleh beri komen untuk isu ini, memandangkan pihak penganjur juga belum mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Apa pun, saya berharap agar pihak penganjur dapat menjernihkan keadaan terutama apabila ia melibatkan peminat yang datang jauh untuk menonton persembahan Nana,” katanya ringkas.

BERITA TRENDING: Isu Lagu Kisah Hati, Datin Alyah Dah Tutup Buku - “Segala Yang Berlaku Pasti Ada Hikmah”

Terdahulu, viral di media sosial mengenai isu pengguguran satu lagu Siti Nordiana pada saat-saat akhir sehingga menyebabkan kekecewaan peminat yang hadir pada acara tersebut.

Menurut dakwaan, Siti Nordiana sepatutnya menyampaikan dua buah lagu iaitu Tun Fatimah dan Bakawali. Namun, salah satu lagu terpaksa dibatalkan disebabkan acara sudah terlebih masa atau ‘over run’.

;