Laman Utama

Isu Sharnaaz Kritik Sup Jolo Aliff Shukri, Shahida Balas; "Bercakap Yang Baik Pun Tak Salah Sebenarnya"

gempak
Zulaikha Yusof
15/06/2021
05:15 MYT
Sponsor Banner
Isu Sharnaaz Kritik Sup Jolo Aliff Shukri, Shahida Balas; "Bercakap Yang Baik Pun Tak Salah Sebenarnya"
Isteri kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid tampil bersuara ekoran kritikan yang dibuat aktor Sharnaaz Ahmad mengenai Sup Jolo keluaran produk suaminya.
Menurut Shahida, setiap orang mempunyai citarasa dan pandangan yang berbeza.
Tambahnya, sebelum ini dia kerap kali membuat ulasan (review) makanan namun lebih memilih untuk memberi komen yang baik.
"Terpulang pada citarasa dan pandangan individu. Lain orang lain rasa dan cara. Saya sendiri selalu saja review makanan orang bagi pada saya. Tak ada bayaran pun.
"Tapi saya tak pernah review yang buruk-buruk sebab tak sedap di tekak saya. Mungkin sedap di tekak orang.
"Sedap di tekak saya, tak tentu sedap di tekak orang. Jadi bercakap yang baik-baik pun tak salah sebenarnya," katanya.
Shahida menjawab pertanyaan pengikut menerusi ruangan Ask Me Question pada Sabtu.
"Sharnaaz ada komen pasal sup jolo Aliff Syukri. Apa komen datin?" tanya individu yang tidak diketahui identitinya.
Sebelum ini, Sharnaaz menerusi saluran Youtubenya telah mencuba dan merasa Sup Jolo Aliff namun bengang dengan rasa makanan tersebut.
Video tersebut juga telah menarik perhatian cef selebriti terkenal, Datuk Redzuwan atau lebih dikenali dengan panggilan Chef Wan.
BACA: "Itulah Orang Nak Berniaga Makanan Kau Pun Nak Juga Jual" - Chef Wan Tegur Aliff Syukri, Minta 'Hire' Pakar Untuk Bantu Perbaiki Resipi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live