Isu Sihir Gambar Gadis? Caprice Cadang Supaya Ada ‘Task Force’ Tangkap Bomoh!
Isu perbuatan sihir yang didedahkan oleh seorang wanita di platform TikTok kelmarin telah menarik minat penyanyi rap Caprice untuk melontarkan pandangannya.
Menerusi satu posting di Instagram miliknya, Caprice berpendapat isu sebegini sebenarnya harus dipantau oleh sebuah badan khas yang pakar dalam ilmu mistik.
“Kalau nak ajar perempuan video call, banyak lagi cara semalam.
“Masalah sihir dan santau dari zaman ‘atok moyang’ caprice hinggalah zaman Facebook masih ada,” katanya.
Jelasnya, susulan itu, dia mahu mencadangkan kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau menteri agama supaya bina satu pasukan khas atau ‘task force’ untuk menangkap bomoh.
“Kalau orang biasa boleh cari bomoh, takkan task force pakar bab ni tak boleh tangkap.
“Kerana ‘black magic’ dilarang oleh Islam. Daripada tangkap ‘abang Jat’ (Sajat), lebih baik tangkap bomoh, Insya-Allah,” katanya.
Menerusi ruang komen, rata-rata netizen bersetuju kerana isu sihir bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main.
Malah, ramai yang meminta kerajaan memperbanyakan sekolah agama dan tahfiz agar segala sihir dapat dibendung.
Terdahulu, kecoh di platform media sosial sejak kelmarin apabila ada seorang wanita mendakwa dia telah memasuki satu ‘group chatting’ menyeramkan di Instagram.
Menerusi video berdurasi sekitar 15 saat yang dikongsi wanita itu, ‘group’ tersebut dipercayai dikendalikan oleh seorang lelaki.
Apa yang lebih mengerikan, lelaki berkenaan turut mengugut melakukan ritual sihir kepada mana-mana wanita yang enggan membuat panggilan video bersamanya.
Tidak cukup dengan itu, lelaki tersebut turut menghantar koleksi gambar gadis-gadis yang berkemungkinan menjadi ‘mangsa’ sihirnya sebelum ini.