,
Berita

Isu Stoking Kalimah Allah, Juruteknik Dijel 6 Bulan & Denda RM12,000

Gempak
22/03/2024
04:32 MYT
Juruteknik aplikasi sosial, Chiok Wai Loong, 34, merayu dikenakan hukuman ringan atas pertuduhan membuat hantaran jelik berkaitan kalimah ALLAH, di Mahkamah Sesyen, Kuala Lunpur pada Jumaat.
Chiok Wai Loong, 34, berkata, dia hanyalah seorang ‘keyboard warrior’ dan tidak pernah terlintas bahawa komen itu akan menyakiti perasaan orang lain.
“Saya orang Cina, kami ada tatu tuhan di pelbagai bahagian badan, ingatkan (isu ALLAH) perkara yang kecil,” rayunya.
Chiok Wai Loong mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Suzana Hussin, kemudiannya dihukum penjara enam bulan dan denda RM12,000.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik, melalui perkhidmatan aplikasi Facebook, menggunakan nama profil ‘Chiok Wai Loong’ pada 18 Mac.
Ia dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain yang telah dilihat pada jam 3 pagi, hari sama, di Brickfields, Kuala Lumpur.
Pertuduhan dibuat mengikut Perenggan 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum bawah subseksyen 233(3) akta sama, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Datin Kalmizah Salleh mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman berat agar menjadi pengajaran kepada masyarakat.
“Sebanyak 24 laporan polis dibuat orang ramai berhubung isu ini yang mana ia menunjukkan keseriusan hantaran dibuat ialah bersifat sensitif kepada umat Islam," katanya.
Sabtu lalu, Pengurusan tertinggi KK Mart menyatakan kekesalannya dengan insiden penjualan stoking yang tertera tulisan kalimah ALLAH. Isu itu mengundang pelbagai komen daripada orang awam, termasuk tindakan seorang pemilik akaun Facebook ini.
Sabtu lalu, Pengurusan tertinggi KK Mart menyatakan kekesalannya dengan insiden penjualan stoking yang tertera tulisan kalimah ALLAH.
Isu itu mengundang pelbagai komen daripada orang awam, termasuk tindakan seorang pemilik akaun Facebook ini.
Sumber: SINAR HARIAN
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Banduan Islam Di Penjara Narathiwat Dihidang Makanan Halal – Jurucakap

gempak
10/11/2024
05:30 MYT
Layanan terhadap banduan di penjara wilayah Narathiwat tidak seteruk yang digambarkan.
Berita

Banduan Islam Di Penjara Narathiwat Dihidang Makanan Halal – Jurucakap

gempak
10/11/2024
04:34 MYT
Layanan terhadap banduan di penjara wilayah Narathiwat tidak seteruk yang digambarkan.
Berita

Serangan Seksual Di Tahfiz:Hukuman Penjara 13 Tahun Bekas Guru Agama Kekal

gempak
09/11/2024
02:25 MYT
Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur semalam mengekalkan hukuman penjara 13 tahun yang dijatuhkan ke atas seorang bekas guru agama di sebuah pusat tahfiz dan rumah anak yatim kerana melakukan serangan seksual terhadap seorang pelajar lelaki, lima tahun lepas.
Viral

"280 Orang Satu Bilik" - Ini Realiti Situasi Perit, Ngeri Di Penjara Narathiwat

gempak
06/11/2024
12:25 MYT
Seorang rakyat Malaysia yang pernah ditangkap kerana disyaki memiliki dadah di Thailand berkongsi keadaan dan suasana ketika dia dimasukkan ke Penjara Narathiwat selama sembilan bulan pada 2015.
Viral

Keluarga 6 Rakyat Malaysia Yang Ditahan Di Penjara Narathiwat Rancang Lantik Peguam

gempak
06/11/2024
11:05 MYT
Keluarga enam rakyat Malaysia yang ditahan atas dakwaan memiliki dadah di sebuah hotel di Golok, Thailand Jumaat lalu sedang mempertimbangkan untuk melantik peguam bagi membantu mereka dalam kes itu.
Unitar