Isu Syer Saham Kecil Dalam FarmFresh, Jawapan Boss Susu Ini Padu!
Syafiqah Jalal
29/01/2021 08:58 MYT
29/01/2021 08:58 MYT
Baru-baru ini tular isu mengenai Boss Susu dan sebuah syarikat tenusu tempatan, FarmFresh di media sosial terutama laman Facebook.
Ia gara-gara pendedahan seorang pengguna Facebook yang membuat hantaran telah menyenaraikan pegangan saham syarikat berkenaan dan menjelaskan Boss Susu atau nama sebenarnya Azmi Zainal hanya mempunyai pegangan saham yang kecil dalam syarikat tersebut.
Susulan itu, Azmi tidak berdiam diri, malah menerusi akaun Facebook miliknya menjawab mengenai isu tersebut.
“Ya, pegangan saham saya memang kecil, mana bisa orang yang dah down dalam bisnes dan meniaga di pasar malam punya banyak wang untuk memiliki saham yang besar. Pelaburan dalam industri tenusu pula ratusan juta.
“Selepas 11 tahun nilai syarikat kami melonjak berlipat kali ganda atas usaha keras kami. Alhamdulillah nilai share yang kecil itu jadi banyak juta nya,” jelasnya.
Hantaran yang dibuat oleh individu tersebut telah mendapat perhatian netizen yang berkongsi entri tersebut sekalgius memberikan pelbagai respon mengenai status pemilikian Azmi dalam syarikat tersebut.
Meskipun didiakwa memiliki pegangan yang kecil dalam perusahaan berkenaan, Azmi bagaimanapun menjelaskan kejayaan terbesarnya memberikan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada masyarakat tempatan.
” 634 peluang pekerjaan dapat kami berikan, ramai anak-anak luar bandar di Muadzam mendapat manfaatnya.
“Bukan setakat jadi operator atau jaga lembu, tapi ramai yang kami angkat menjadi tenaga kerja professional, kami latih, kami didik mereka,” jelasnya.
Lebih padu dalam penjelasannya itu, beliau turut menemplak tujuan dan niat individu yang mendakwa serta mendedahkan kononnya status pemilikan Azmi yang kecil dalam syarikat tersebut.
“Saya bangga boleh cerita dengan anak-anak saya bila kami bertemu bagaimana ayahnya berusaha meningkatkan pendapatan golongan B40.
“Tapi bagi saudara Aliff 111 (individu tersebut) mungkin dia bangga dan bilang pada anak dia ‘hari ini papa dah malukan Boss Susu, meh tengok kat FB ramai orang puji Papa sebab Papa pandai cari maklumat. Nanti Papa ajar anak-anak macam mana nak buat’.
“Alhamdulillah saya tak ajar anak saya begitu, saya ajar anak saya untuk jadi insan berguna agar boleh berbakti kepada negara,” jelasnya mengakiri penjelasan tersebut.