Isu Tak Reti Isi Minyak, Harith Iskander Ejek Intan Najuwa?

Amri Hassan
Disember 4, 2018 09:49 MYT
Pelawak Harith Iskander memuat naik sepotong rakaman video meniru aksi pelakon Intan Najuwa yang tular di media sosial baru-baru ini.
Dalam rakaman tersebut, Harith seakan-akan mengejek tindakan Intan yang mengaku tidak tahu cara untuk mengisi minyak kenderaan apabila pembantu peribadinya sedang bercuti.
"So, today PA I cuti. Sangat huru-hara sebab I nak basuh b*nt*t pun tak tahu macam mana nak buat, ahh susahnya hidup ni," kata Harith.
Sebelum ini, tular sepotong video daripada Instastories milik Intan apabila pendedahannya yang tidak tahu mengisi minyak kenderaan menjadi bahan bualan netizen.
Baca: "Teruknya Hidup Ya Allah" - PA Bercuti, Intan Najuwa Tak Reti Isi Minyak?
Sementara itu, dalam video tersebut Harith meminta netizen memilih video mana yang lebih melucukan.
#Viral #Harith Iskander #Viral #Intan Najuwa