VIRAL
Isu Telur Masam, KKM Turun Padang! Kieda Crepe Beri Kerjasama Penuh - “Ada Yang Buat Aduan, Doktor Nak Tengok…”
Usahawan kontroversi, Kieda Crepe memaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turun padang ke premis perniagaannya selepas menerima aduan orang ramai.
Berita itu dimaklumkan menerusi hantaran di akaun Facebook miliknya.
Menurut Kieda, KKM akan melakukan pemeriksaan lanjut di premis berkenaan dan sebagai peniaga, dia juga akan memberi kerjasama penuh.
“Assalammualaikum, pihak KKM ada datang ke Kieda, ada yang membuat aduan tentang isu viral ini dan mereka perlu jawab dengan sedikit kenyataan dengan Kieda.
“Doktor jabatan itu nak jumpa Kieda untuk tengok diri Kieda. Insya-Allah, Kieda akan ke pejabat mereka. Semoga dipermudahkan segala urusan ku dunia dan akhirat.
“Insya-Allah kita tunggu jawapan, biar yang pakar akan menjawab segala permasalahan ini. Semoga yang baik-baik saja,” jelasnya.
Sebelum ini, tular di media sosial apabila Kieda mendedahkan bahawa dirinya dijangkiti herpes dan secara berseloroh menyatakan ia berpunca daripada ‘telur masam’ suaminya.
Susulan menerima kecaman hebat, suami kepada usahawan itu tampil mempertahankan isterinya dengan menjelaskan bahawa perkongsian tersebut hanyalah sekadar kandungan hiburan dan tidak mencerminkan realiti sebenar kehidupan mereka.