Isu Tunggakan Royalti RPM, PRISM Selesai, Ahli Bakal Terima RM500 Bayaran Awal Bermula Jan
Maliah Surip
10/12/2020 00:37 MYT
10/12/2020 00:37 MYT
Isu agihan royalti berjumlah RM11.8 juta yang tertunggak sejak tahun 2018 kepada penyanyi dan pemuzik rakaman di bawah Recording Performers Malaysia (RPM) dan Performers Rights and Interest Society of Malaysia Berhad (PRISM) akhirnya bertemu jalan yang baik.
Melalui sebuah mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid bersama wakil badan pelesenan terbabit semalam mengenai isu agihan royalti, kedua pihak berjaya mencapai konsensus apabila memutuskan bayaran awal royalti berjumlah RM500 seorang kepada ahli dua badan pelesenan berkenaan pada Januari tahun depan.
Awani melaporkan, Rosol berkata royalti permulaan itu akan diagihkan kepada kira-kira 1,000 penggiat industri muzik yang bernaung di bawah dua badan itu, sebelum baki agihan dibuat selepas beberapa syarat diteliti oleh badan pelesenan berkenaan.
“Alhamdulillah, hari ini kita berjaya mencapai persetujuan supaya agihan royalti awal berjumlah RM500 dibuat bermula awal Januari depan, sebelum bakinya kira-kira RM11.2 juta diagihkan sebaik badan pelesenan itu menentukan jumlah bayaran yang tepat dan layak diterima ahli RPM dan PRISM.
“Dalam situasi kita berdepan dengan pandemik COVID-19 ini, saya pasti penyanyi dan pemuzik rakaman yang terlibat menarik nafas lega kerana kita juga faham mereka turut terjejas dan hilang sumber pendapatan.
“Bayaran royalti ini akan dilakukan oleh Music Rights Malaysia (MRM) yang sebelum ini bertindak sebagai badan tunggal kutipan royalti kepada PRISM menerusi Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) dan RPM,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Isu Agihan Royalti Muzik di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Bangsar, Kuala Lumpur, semalam.
Pada mesyuarat itu, PRISM yang dibubarkan pada November 2018 diwakili MDI, manakala RPM diwakili Pengerusinya, Datuk Sheila Majid. Ia turut dihadiri Ketua Pengarah MyIPO, Datuk Mohd Roslan Mahyudin, Datuk M Nasir (Music Aurthors Copyright Protection Bhd), Rosmin Hashim (Public Performers Malaysia) dan Mohamed Faizal Mohamed Fedder (MDI).
Penyelesaian yang dicapai dalam mesyuarat itu menamatkan kemelut isu agihan royalti penyanyi dan pemuzik rakaman di bawan naungan RPM dan PRISM yang tertunggak pada 2018 susulan penggulungan PRISM pada November 2018 dan penggulungan sukarela MRM selaku badan kutipan royalti tunggal pada Julai lalu.
RPM dan PRISM sebelum ini gagal menemui kata sepakat untuk agihan royalti berjumlah RM11.7 juta, selepas ahli PRISM mendaftar sebagai ahli RPM berikutan penggulungan PRISM.
Dalam pada itu Rosol berkata, mesyuarat turut dimaklumkan, MACP, PPM dan RPM menolak cadangan persatuan pengguna muzik untuk melaksanakan moratorium pembayaran royalti.
“Persatuan pengguna muzik antaranya merangkumi pengusaha hotel, pusat beli belah dan pemilik restoran mengemukakan cadangan itu selepas perniagaan mereka terkesan dengan pandemik COVID-19.
“Bagaimanapun, mesyuarat dimaklumkan, tiga badan pelesenan berkenaan tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana mereka turut terjejas dan hilang punca pendapatan disebabkan ancaman COVID-19.
“Mereka melihat moratorium tidak wajar dilaksanakan kerana penggiat industri muzik juga tiada punca pendapatan sepanjang pandemik COVID-19 melanda. Namun, badan pelesenan ini sedia berunding dengan persatuan pengguna untuk menetapkan kadar bayaran royalti yang munasabah, sesuai dengan keadaan semasa,” katanya.
Sumber: Awani
Kredit Foto: Berita Harian