Laman Utama

Isu Video Gelek, Ifa Raziah Mohon Maaf Kepada Kerajaan Melaka! - "Insiden Itu Tak Disengajakan, Ia Berlaku Tanpa ..."

Asyikin Mayudin
30/05/2023
03:51 MYT
Susulan tersebarnya video yang disifatkan tidak sopan di acara Starvendor Foodstival Melaka 2023 baru-baru ini, CEO Star Vendors Event Sdn Bhd iaitu Ifa Raziah tampil memberi penjelasan.
Menurut Ifa, insiden itu berlaku tanpa pengetahuan pihaknya namun sudah memberi penjelasan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selaion memohon maaf secara terbuka kepada Kerajaan Negeri Melaka dan seluruh rakyat Malaysia.
“Kami telah dihubungi pihak Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) susulan aduan orang awam kepada pihak JAIM berkaitan tarian tidak sopan dan menjolok mata dalam konsert yang merupakan salah satu acara di StarVendors Foodstival Melaka 2023 yang berlangsung baru-baru ini.
“Kami telah menjelaskan kepada pihak JAIM bagaimana insiden ini telah terjadi. Insiden tersebut adalah tidak disengajakan dan ia berlaku tanpa pengetahuan pihak Starvendors.
“Segala gerak tari oleh pelaku diatas pentas adalah diluar kawalan kami. Untuk pengetahuan, mereka tiada kaitan mahupun mewakili syarikat kami.
“Oleh itu dengan rasa rendah diri, kami ingin memohon maaf secara terbuka kepada Kerajaan Negeri Melaka dan seluruh rakyat Malaysia khususnya, diatas kekhilafan yang berlaku,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Ifa turut berkata pihak mereka akan lebih berhati-hati dan mengambil perhatian sewajarnya terhadap aduan tersebut selain memastikan perkara itu tidak akan berulang lagi.
“Pihak kami akan mengambil perhatian sewajarnya atas aduan ini dan komited untuk memastikan perkara ini tidak berulang lagi di masa hadapan. Kami sangat berterima kasih diatas teguran yang berikan kepada kami.
“Ianya sebuah teguran yang sangat baik untuk kami ambil perhatian. Sesungguhnya kami amat menyesali apa yang telah berlaku dan kami memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan isu ini,” ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Kahwin Jer Senang, Nak Akak Sponsor?" - Ifa Raziah Mohon Aliff Aziz, Sarah Yasmine Selesaikan Kemelut, Netizen Dua Negara Tak Bertelagah!

gempak
02/05/2024
01:50 MYT
Selebriti versatil, Ifa Raziah menyeru agar semua pihak yang terbabit dalam kontroversi melibatkan selebriti Singapura iaitu Aliff Aziz dan Sarah Yasmine agar berhenti daripada terus bertelagah dan menyebarkan aib satu sama lain.
Hiburan

"Tak Nak Bisnes Orang Lain Terkesan" - Ruhainies Tarik Diri Dari StarVendors Mega Raya KLCC

gempak
16/03/2024
02:50 MYT
Ruhainies telah membuat keputusan untuk menarik diri daripada menyertai festival jualan raya StarVendors KLCC Mega Raya yang dijadual berlangsung pada 29 Mac hingga 1 April nanti.
Hiburan

"Janganlah Boikot Acara Saya... Saya Neutral, Ruhainies & Bella Astillah Adik Kesayangan Saya" - Ifa Raziah

gempak
15/03/2024
07:54 MYT
Ifa Raziah memohon peminat kedua-dua selebriti Ruhainies dan Bella Astillah tidak bertindak terlalu agresif hingga sanggup memboikot acara StarVendors Mega Raya Festival yang bakal berlangsung 29 Mac ini.
Laman Utama

"Turut Bersedih Apa Berlaku Di Gaza" - Ifa Raziah Anjur Himpunan Kemanusiaan Palestin

gempak
16/11/2023
09:50 MYT
Demi solidariti kepada rakyat Palestin
Laman Utama

9 Hari Non-Stop, 60 Artis, Ada Road Tour GV & Kemunculan JDT! Ini Antara Tarikan Best Majestic Johor Festival 2023

gempak
17/08/2023
14:35 MYT
Banyak lagi tarikan menarik Majestic Johor Festival 2023.