It's A Girl! - Koleksi Foto Meriah Baby Shower Lufya Omar Bertemakan Fairytale

Amri Hassan
Oktober 9, 2017 06:00 MYT
Jika sebelum ini bekas pelajar Akademi Fantasia (AF6), Lufya Omar ada mengusik suaminya, Che Muhammad Hafiz yang mahukan bayi perempuan, impian itu bakal termakbul tidak lama lagi.
Lufya yang kini sedang hamil lapan bulan mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.
Menerusi majlis baby shower bertemakan Fairytale yang berlangsung di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor pada hari Sabtu lalu, Lufya berkongsi rasa debarannya bersama beberapa rakan artis antaranya Yatt Hamzah, Irma Hasmie dan Adam Corrie.
Menurut jangkaan, Lufya dijangka bersalin pada pertengahan November depan dan pasangan itu sudah mempunyai nama untuk bayi sulung mereka bermula huruf L.
Lufya, 32, atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar telah mendirikan rumah tangga bersama Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 27, pada 26 November 2016.
Berikut kami kongsikan kemeriahan majlis baby shower Lufya Omar pada Sabtu lalu.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @lufyaluvya
#Lufya Omar #Penyanyi #Penyanyi #Baby Shower