Bintang pop Hollywood, Britney Spears meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-38 hari ini.

Berita gembira itu dikongsi Britney menerusi akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.

"Its my birthday," tulis ringkas penyanyi lagu Baby One More Time ini di ruangan kapsyen.

Di entri itu, Britney turut berkongsi potongan video di lokasi percutian, bermain bowling dan menerima kek sempena hari istimewanya itu.

Perkongsian itu semestinya mendapat perhatian peminat Britney di seluruh dunia, rata-rata mereka mengucapkan selamat hari lahir kepada Britney di ruangan komen.

It’s my Bday Bitches ?????

A post shared by Britney Spears (@britneyspears) on


Sekadar info, Britney mulai aktif di persada Hollywood pada sekitar tahun 1992 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.

Antara lagu popular Britney yang sentiasa diingati peminat adalah Womanizer, You Drive Me Crazy, Toxic, Lucky dan banyak lagi.