Penyanyi antarabangsa Selena Gomez menyatakan rasa teruja bakal bekerjasama dengan kumpulan K-Pop BLACKPINK.

Selena berkongsi perasaannya itu menerusi posting di akaun Instagramnya.

“Sangat-sangat teruja untuk mengumumkan BLACKPINK dan saya bakal mempunyai sebuah lagu baru yang akan dikeluarkan pada 28 Ogos ini,” tulisnya.

So SO excited to announce @BlackPinkOfficial and I have a new song coming out August 28th! You can presave it here: http://smarturl.it/SELPINK ??@Roses_Are_Rosie @JennieRubyJane @LaLaLaLisa_M @sooyaaa__

A post shared by Selena Gomez (@selenagomez) on


Posting tersebut turut disertakan dengan poster rasmi single terbaru mereka.

Dalam pad itu, menerusi ruangan komen rata-rata peminat mereka sudah mula menyatakan rasa tidak sabar.

Terdahulu, desas-desus menyatakan BLACKPINK bakal bergandingan bersama Selena selepas mereka mengeluarkan sebuah poster misteri.