Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Itaewon, Pusat Muslim & Lokasi Drama Itaewon Class Yang Ditimpa Tragedi Halloween

Maliah Surip
31/10/2022 12:40 MYT
Korea Selatan, khususnya Itaewon sedang menjadi perhatian dunia kerana insiden perayaan Halloween yang mengorbankan lebih 150 nyawa dengan puluhan lainnya cedera.

Malam yang seharusnya cerita bertukar menjadi sejarah hitam bagi kebanyakan remaja yang keluar untuk berpesta dan memperagakan kostum selepas dua tahun tidak merayakan Halloween kerana pandemik Covid 19.

Malangnya, puluhan ribu manusia yang hadir ke Itaewon telah bertukar menjadi malapetaka dan seluruh dunia kini ikut berduka.

Selain pemberitaan mengenai insiden yang berlaku dengan pihak berkuasa masih belum dapat mengetahui punca sebenar kejadian, nama Itaewon kini menjadi carian di Google.

Untuk masyakarat Korea dan pelancong yang pernah mengembara ke negara tersebut, Itaewon adalah sebuah destinasi wajib pergi dan sangat popular.

Berikut antara fakta mengenai Itaewon yang diambil dari Wikipedia dan Travel.detik;

1. Itaewon masuk dalam senarai nombor tiga termahal di kawasan Seoul, Korea Selatan.

2. Itaewon boleh dikategorikan sebagai kawasan atau pusat hiburan malam popular di Korea Selatan. Kawasan di sini berbentuk lorong lorong kecil yang dipenuhi oleh bar, restoran, kafe, tempat shopping hingga kelab malam.

3. Kawasan ini menjadi semakin popular selepas drama Itaewon Class ditayangkan pada tahun 2020. Ia telah membuat kawasan terutama ruang perniagaan semakin pesat sehingga mencecah sekitar 2,000 kedai dengan beragam jualan ada di sini.



4. Selain menjadi tumpuan pengunjung pada waktu malam untuk berhibur, ironi Itaewon merupakan pusat Muslim Korea Selatan!

5. Di Itaewon terdapat masjid megah tiga tingkat iaitu Masjid Raya Seoul yang dibuka pada tahun 1976. Masjid ini berada di Hannam-dong, Distrik Yongsan. Ada banyak rumah orang Islam di kawasan ini.



6. Selain memiliki banyak restoran tempatan, restoran halal adalah antara yang paling banyak dan mudah didapati di Itaewon. Jadi kawasan ini memang tidak pernah sunyi kerana sering menjadi tumpuan pelancong.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Viral #Drama #Korea #Travel #Muslim #Halloween #Itaewon
;