I-Tangang: Watak Esra Makin Dibenci, Watak Syafiq Mula Raih Simpati
Izwan Isa
28/09/2021 03:55 MYT
28/09/2021 03:55 MYT
Minggu ini, emosi penonton dilihat sedikit bercampur baur saat menyaksikan episod ketiga drama bersiri terbaharu I-Tanggang.
Hal berkenaan dapat dilihat menerusi hantaran pendapat yang dikongsikan oleh pengikut setia drama bersiri tersebut menerusi laman Twitter, semalam.
Selama dua minggu berturut-turut, watak Esra lakonan Emma Sofea mencuit kewarasan penonton apabila sikap biadabnya dilihat semakin menjadi-jadi.
“Gilalah episod 3 I-Tanggang ni, berani-beraninya si Esra ni hentam mamaknya. Betul-betul derhaka,” ujar salah seorang pengguna Twitter.
Selain itu, ada juga yang mengulang ciap hantaran pengguna lain yang menulis perkataan ‘sabar’ bagi menggambarkan perasaannya ketika menonton perangai Esra di layar kaca.
“Saya, bila tengok perangai Esra,” kongsi seorang netizen.
BACA: “In Reality Ada Ker Anak Begini Kurang Ajar Tapi Maknya Sabar?” Ramai Tak Boleh Terima Hakikat Ada Anak Derhaka Macam Esra Dalam I-tanggang
Seorang lagi pengguna Twitter juga melahirkan rasa hairan dan tertanya-tanya, apa yang bermain dalam fikiran Esra sehingga menyerlahkan sisi biadab yang sangat luar biasa.
“Kenapa Esra ni degil sangat, apa yang ada dalam kepala dia tu? Batu ke?” kongsinya pengguna Twitter itu.
Sementara itu, watak Syafiq Hambali lakonan Nadhir Nasar, yang setia mengurus dan mencari rezeki buat keluarganya terus mendapat perhatian penonton.
“Pening aku kalau jadi Syafiq, semua dia kena uruskan. Nak layan karenah adik-adik lagi,” tulis seorang penonton.
“Geram je aku tengok cerita I-Tanggang ni. Semua mendatangkan kemarahan kecuali Nadhir Nasar. Tengok muka pun tahu menenangkan,” luah seorang lagi penonton.
Dalam pada itu, rata-rata penonton dilihat tidak sabar untuk mengetahui apa yang akan berlaku kepada Khay, Syafiq dan Esra menerusi episod I-Tanggang seterusnya.
I-Tanggang mengisahkan tentang Khalil Rayyan atau Khay, penghidap kanser yang memerlukan kerusi roda untuk bergerak. Erma, ibu kepada Khay pula merupakan seorang influencer (pempengaruh) media sosial, penulis buku dan penjual minyak aromaterapi yang berjaya.
Konflik tercetus apabila Khay bertemu dengan dua rakan virtualnya, Royal-E (Esra) dan CapeqRyder (Syafiq) lalu menubuhkan kumpulan sembang ‘I-Tanggang’.
Dilakonkan oleh Faizal Hussein, Sherie Merlis, Danish Hazriq, Nadhir Nasar, Emma Sofea, Emelda Rosmila, Wan Raja, Zarina Zainuddin, Sofia Jane dan Andy Teh drama I-Tanggang disiarkan setiap Isnin, bermula 13 September 2021 pukul 9 malam di Astro Citra.