,
Hiburan

“It’s Like a Bad Dream.. But It’s Real” - Rakan Artis Dedah Ungkapan Bunga Citra Lestari Ketika Dipeluk Erat

Azwa Rahman
19/02/2020
06:16 MYT
“It’s like a bad dream.. but it’s real”, itulah ungkapan yang sempat diluahkan oleh Bunga Citra Lestari sewaktu dipeluk erat oleh rakan artis yang lain ketika majlis pengkebumian Allahyarham Ashraf Sinclair.
Menerusi laman sosial Twitter, penyanyi Andien Aisyah berkongsi momen tersebut beserta sekeping foto pusara Ashraf.
“Selamat jalan, Ashraf. Bunga dan Noah yang tabah ya. Satu hal yang terngiang-ngiang terus semasa Bunga memeluk saya dan beritahu “It’s like a bad dream Ndien.. But it’s real”.. Aku speechless,” tulis penyanyi itu menerusi satu kicauan. Foto tersebut merakamkan wajah Bunga kelihatan pasrah dengan mata yang bengkak dalam persalinan serba putih.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan balas, ramai yang turut bersedih dan merasa kehilangan setelah pemergian aktor kelahiran Malaysia itu.
“Pandangannya kosong. Lebih parah jika otaknya dipenuhi memori masa lalu. Ya Allah, kuatkan mereka,” tulis seorang wargamaya.
“Dari yang baru saja kehilangan, terpisah dunia. Mimpi buruk itu akan terus dan terus, dunia terasa gelap, sampai tak tahu lagi bila terang akan datang,” luah seorang wargamaya.
“Serindu apa pun, tak kan bisa bertemu lagi,” komen seorang wargamaya.
“Sedih sangat. Aku yang tak kenal tapi peminat diorang pun sama ikut rasa kehilangan. Semoga Bunga dan Noah diberi kesabaran,” pinta seorang wargamaya.
Kicauan Andien sehingga kini telah menerima hampir 25,000 ulang kicau dan lebih 60,000 tanda suka daripada warga Twitter.
Ashraf Sinclair, 40, dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 4.00 pagi (waktu tempatan) pada selasa.
Ashraf dikebumikan di San Diego Hills, Kerawang, Jawa Barat, Indonesia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Educated Tak Semestinya Pakar Dalam Sesuatu Bidang” - Perunding Hartanah Tak Setuju Diana Danielle Gelarkan Rumah Malaysia Mahal

gempak
20/09/2024
07:55 MYT
Seorang perunding hartanah tampil memberi kenyataan balas mengenai pandangan pelakon, Diana Danielle berkenaan dengan harga rumah di Malaysia yang dikatakan agak mahal meskipun bersaiz seperti ‘kotak kasut’.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Viral

YouTuber Popular Dunia IShowSpeed Cuba Makan Super Ring & Burger Ramly, Sampai Sanggup Bayar Lebih! - "Oh Tuhanku, Makanan Ini Sangat Enak"

gempak
17/09/2024
21:55 MYT
Personaliti sensasi dan penstrim dalam talian dari Amerika Syarikat, IShowSpeed tidak terlepas untuk melakukan itu semua.